ALEXANDER-ARNOLD (tengah) meraikan kejayaan bersama ahli keluarganya di Wanda Metropolitano. — FOTO EPA
ALEXANDER-ARNOLD (tengah) meraikan kejayaan bersama ahli keluarganya di Wanda Metropolitano. — FOTO EPA
Agensi

TRENT Alexander-Arnold memberikan satu temu ramah penuh inspirasi selepas Liverpool memenangi Piala Eropah buat kali keenam dengan kemenangan 2-0 ke atas Tottenham di Madrid, awal pagi tadi.

Pemain berusia 20 tahun itu, yang juga graduan akademi Liverpool, melakukan 11 penampilan ketika kempen penuh bergaya Liverpool dalam Liga Juara-Juara.

Reds meraih kejuaraan di Stadium Wanda Metropolitano menerusi gol penalti minit kedua Mohamed Salah dan jaringan lewat pemain gantian Divock Origi.

Bercakap kepada BT Sport selepas wisel penamat, Alexander-Arnold berkata: “Sukar untuk menyatakannya dengan kata-kata mengenai apa yang berlaku. Sambutan kemenangan yang akan berlaku malam ini.

ALEXANDER-ARNOLD (kanan) menghalang penyerang Spurs, Son Heung Min. — FOTO EPA
ALEXANDER-ARNOLD (kanan) menghalang penyerang Spurs, Son Heung Min. — FOTO EPA

“Kami mungkin mendominasi bahagian penting perlawanan itu tapi kami membuktikan kami pasukan bertaraf dunia dan boleh menang.

“Apabila kami mengimbau semula malam ini kami tidak akan memikirkan ia pasukan lembap, kami akan memikirkan kami sudah menang Piala Eropah.

“Sukar untuk memikirkan saya sebagai seorang pemain legenda. Saya hanya pemain biasa dari Liverpool yang menyaksikan impiannya menjadi kenyataan.”

Pertahanan kanan itu dinamakan dalam skuad England kendalian Gareth Southgate bagi pusingan akhir Liga Negara Eropah di Portugal minggu depan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 Jun 2019 @ 12:33 PM