Jurgen Klopp. FOTO AFP
Jurgen Klopp. FOTO AFP
Agensi

BOS Liverpool, Jurgen Klopp berkata barisan bimbingannya tidak perlu bersaing dengan cara Manchester City ketika kedua-dua kelab mencabar antara satu sama lain di puncak Liga Perdana.

The Reds tidak mempamerkan aksi serangan terbaik mereka di Chelsea kelmarin tetapi memperoleh kemenangan 2-1 untuk kekal mendahului lima mata di kedudukan teratas mengatasi City.

Barisan kendalian Pep Guardiola bagaimanapun mencatat kemenangan bergaya membelasah Watford 8-0 pada Sabtu.

Virgil van Dijk (dua dari kiri) meraikan jaringan Trent Alexander-Arnold pada perlawanan Liga Perdana. FOTO Reuters
Virgil van Dijk (dua dari kiri) meraikan jaringan Trent Alexander-Arnold pada perlawanan Liga Perdana. FOTO Reuters

“Cara bola sepak seperti ini tidak banyak pasukan yang mampu tonjolkan,” kata Klopp.

“Tetapi kami beraksi dengan cara kami, kami cuba untuk memenangi perlawanan bola sepak.

“Pada penghujungnya kami perlu memperoleh mata, tiada pertandingan dalam hal teknikal, ia tertumpu kepada mata kemenangan.”

Liverpool mencatat kemenangan di Stamford Bridge menerusi jaringan pembukaan hasil sepakan bebas Trent Alexander-Arnold minit ke-14 dan tandukan Roberto Firmino sebelum separuh masa pertama tamat sementara gol saguhati Chelsea dihasilkan N’Golo Kante pada minit ke-71.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 September 2019 @ 6:43 PM