PENJAGA gol Red Star Belgrade,  Milan Borjan bolos tiga gol kepada Napoli. FOTO/AFP
PENJAGA gol Red Star Belgrade, Milan Borjan bolos tiga gol kepada Napoli. FOTO/AFP
AFP

NAPLES, Itali: Dries Mertens meledak dua gol selepas gol pembukaan Marek Hamsik dalam kemenangan 3-1 Napoli ke atas Red Star Belgrade yang meletakkan mereka semakin hampir ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara.

Kapten pasukan, Hamsik membuka jaringan pada minit ke-11 di Naples dengan Mertens menambah satu gol di setiap babak untuk mendahului Kumpulan C dan akan bertemu Liverpool di Anfield pada aksi terakhir kumpulan.

Kelab Serie A kendalian Carlo Ancelotti itu bagaimanapun perlu menunggu dua minggu lagi untuk mara ke pusingan kalah mati selepas juara Perancis Paris Saint-Germain menewaskan Liverpool 2-1 di Paris.

Kelab Itali itu belum tewas salam saingan tahun ini dan melayan kunjungan pasukan tercorot Red Star Belgrade selepas sekadar seri tanpa jaringan di Belgrade.

Anak buah Ancelotti sebelum ini diikat kelab bergelut Serie A, Chievo 0-0 hujung minggu lalu dan ketinggalan lapan mata di belakang Juventus.

Juara tiga kali Liga Juara-Juara, Ancelotti sebelum perlawanan memberi amaran kepada anak buahnya yang mereka akan kelihatan sangat bodoh jika tidak layak ke pusingan 16 terakhir musim ini.

Kedudukan Napoli bagaimanapun masih tidak selamat dengan PSG dan Liverpool yang hanya ketinggalan satu dan tiga mata di belakang, mampu mencuri tiket ke pusingan seterusnya.

Napoli perlu mengelak daripada tewas 1-0 atau kekalahan dengan jurang dua gol kepada Liverpool di Anfied, tanpa mengira keputusan PSG ke atas Red Star Belgrade.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 29 November 2018 @ 9:22 AM