PIETRO TERRACCIANO
PIETRO TERRACCIANO

MILAN: AC Milan dihampakan oleh aksi cemerlang penjaga gol Empoli Pietro Terracciano ketika seri 1-1 menentang pasukan yang kembali menyertai Serie A musim ini, keputusan seri ketiga berturut-turut Milan dalam saingan liga.

Milan bermula baik apabila rembatan Lucas Biglia membolosi gawang skuad kendalian Leonardo Capezzi pada minit ke-10.

Terracciano menafikan gol kedua Milan sebelum rehat dengan menyelamatkan percubaan Giacomo Bonaventura dan turut menahan rembatan susulan daripada Franck Kessie.

Biglia kemudian memberikan penalti buat Empoli pada minit ke-71 selepas hantaran kapten Milan Alessio Romagnoli tepat kepada pemain lawan. Penalti untuk gol penyamaan itu disempurnakan oleh Francesco Caputo.

Terracciano meneruskan persembahan cemerlangnya dengan menampan keluar percubaan Suso, meletakkan Milan di tangga ke-13 pada enam mata selepas lima perlawanan.

Dalam satu lagi perlawanan, Sassuolo melonjak ke tangga ketiga dengan kemenangan 2-0 di laman SPAL.

Claud Adjapong membuka jaringan pada minit ke-59 dan Alessandro Matri memastikan kemenangan dengan gol di akhir permainan.

Sassuolo mengumpul 13 mata daripada enam perlawanan, dua ketinggalan di belakang Napoli yang menghuni tangga kedua.

“Kami mencapai apa yang sepatutnya daripada enam perlawanan ini dan kami menikmati saat ini,” kata pengendali Sassuolo Roberto De Zerbi.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 September 2018 @ 7:39 AM