EMPAT busana rekaan pelajar MSU yang terpilih untuk dipamerkan.
EMPAT busana rekaan pelajar MSU yang terpilih untuk dipamerkan.
Suliati Asri
suliati@hmetro.com.my


PAMERAN dan pertunjukan fesyen, 146th Uedagakuen Collection 2021 antara acara tahunan yang menyediakan platform kepada pereka fesyen muda mengetengahkan bakat dan kreativiti masing-masing di pentas antarabangsa.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan Management & Science University (MSU), penyertaan edisi tahun ini adalah kali keempat bagi pelajar program Seni Reka Fesyen dari School of Hospitality and Creative Arts (SHCA) dengan penyertaan pertama ialah pada 2018.

Walaupun mereka tidak berpeluang terbang ke Jepun bersama rekaan busana masing-masing namun tidak menjadi halangan untuk rekaan terpilih diperagakan dan dipamerkan di pentas 146th Uedagakuen Collection 2021.

Lebih membanggakan, rekaan enam pelajar program Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Fesyen bersama Pemasaran dengan konsep Fashion Design Realization terpilih untuk diperagakan pada pertunjukan fesyen terbabit.

Manakala empat rekaan pelajar Diploma Seni Reka Fesyen dengan konsep Fashion Design Realization terpilih untuk sesi pameran.

Pentas peragaan dan pertunjukan 146th Uedagakuen Collection 2021 dijalankan secara maya dan norma baharu melalui YouTube.

ENAM busana rekaan pelajar MSU yang diperagakan pada 146th Uedagakuen Collection 2021.
ENAM busana rekaan pelajar MSU yang diperagakan pada 146th Uedagakuen Collection 2021.

Selain pelajar MSU, ia turut disertai pelajar UEDA College of Fashion dan rakan industri.

Pendedahan pelajar MSU melalui program mobiliti antarabangsa ini adalah sebahagian daripada inisiatif pihak universiti melalui Global Leadership Programme (GLP) untuk memeperkasakan pelajar dengan pengalaman pembelajaran menyeluruh dan melahirkan graduan yang holistik serta dilengkapi kemahiran insaniah.

Selain itu, ia turut membolehkan pelajar terbabit untuk lebih memahami aspek perbezaan budaya serta kemahiran yang diperlukan dalam industri fesyen antarabangsa abad

ke-21.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Februari 2021 @ 6:08 AM