ANTARA rekaan yang diperagakan ketika MSU International Fashion Collection 2021, baru-baru ini.
ANTARA rekaan yang diperagakan ketika MSU International Fashion Collection 2021, baru-baru ini.
Suliati Asri


TERUS melebarkan sayap ke pentas dunia, Management & Science University (MSU) melalui School of Hospitality & Creative Arts (SHCA) dengan kerjasama UEDA College of Fashion, peneraju sekolah fesyen di Jepun dan TreasuKURA, jenama fesyen terkemuka di Jepun menganjurkan MSU International Fashion Collection 2021.

Ia bermatlamat untuk mengetengahkan bakat dan kreativiti pereka fesyen muda MSU di pentas peragaan.

MSU International Fashion Collection 2021 yang dihadiri Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Noraini Ahmad dan Presiden MSU, Profesor Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid itu menampilkan 40 rekaan berkonsepkan kontemporari dengan suntikan elemen tradisional Malaysia dan Jepun.

Turut sama pada majlis pelancaran secara maya ialah Presiden UEDA College of Fashion, Hitoshi Tajima dan Pengasas TreasuKURA, Tetsuya Mizutani.

Kerjasama strategik di antara MSU, UEDA College of Fashion dan TreasuKURA menyaksikan pelajar Rekaan Fesyen MSU mendapat pendedahan antarabangsa melalui pengalaman pembelajaran, pentas peragaan dan komersil.

ANTARA rekaan yang diperagakan ketika MSU International Fashion Collection 2021, baru-baru ini. FOTO ihsan MSU
ANTARA rekaan yang diperagakan ketika MSU International Fashion Collection 2021, baru-baru ini. FOTO ihsan MSU

Semenjak 2018, pelajar MSU berpeluang mengetengahkan rekaan mereka di pentas pertunjukan dan pameran fesyen Uedagakuen Collection di Osaka, Jepun yang dianjurkan oleh UEDA College of Fashion.

Lebih membanggakan, selain kolaborasi MSU dan TreasuKURA, rekaan pelajar juga dipilih untuk diperagakan di pentas berprestij Malaysia Fashion Week.

Sementara itu, MSU terus memperkasakan kedudukan dalam kalangan universiti terbaik dunia apabila tiga subjek universiti berkenaan mendapat penarafan Quacquarelli Symonds (QS) World University Rankings by Subject 2021.

Tiga subjek itu ialah Hospitality and Leisure Management, Art and Design (Fashion Design) serta Business and Management.

Edisi 2021 QS World University Rankings by Subject menyaksikan subjek Hospitality and Leisure Management MSU mengekalkan kedudukannya di tangga kedua terbaik di Malaysia serta disenarai dalam kalangan #51-100 terbaik dunia.

NORAINI bersama Dr Mohd Shukri beramah mesra dengan mahasiswi ketika hadir ke Majlis MSU International Fashion Collection 2021.
NORAINI bersama Dr Mohd Shukri beramah mesra dengan mahasiswi ketika hadir ke Majlis MSU International Fashion Collection 2021.

Manakala dua subjek MSU disenaraikan buat kali pertama dalam QS World University Rankings by Subject di mana subjek Art and Design (Fashion Design) berada di kedudukan pertama di Malaysia dan disenaraikan dalam kalangan #151-200 dunia.

Bagi subjek Business and Management Studies, MSU berada pada kedudukan 451 hingga 500 terbaik dunia serta kedudukan ke-11 di Malaysia.

Pengiktirafan terkini QS ini menunjukkan MSU berada di landasan yang tepat dengan matlamat dan visi utamanya serta menjadi penanda aras dalam melahirkan graduan yang seimbang, holistik, kompeten serta serba boleh sejajar dengan moto universiti iaitu 'Transforming Lives, Enriching Future'.

ANTARA rekaan yang diperagakan ketika MSU International Fashion Collection 2021, baru-baru ini. FOTO ihsan MSU
ANTARA rekaan yang diperagakan ketika MSU International Fashion Collection 2021, baru-baru ini. FOTO ihsan MSU

Antara pencapaian lain yang dicapai MSU sepanjang hampir empat dekad penubuhannya ialah berada pada kedudukan ke-551 sehingga ke-560 dalam QS World University Rankings (WUR) 2021; ranking ke-139 dalam QS Asia University Rankings (WUR) Asia 2021; kelompok 100 universiti terbaik dunia dalam Top 50 Under 50 Rankings 2020 serta kelompok ke-301 sehingga ke-500 dalam QS World University Rankings Graduate Employability Rankings 2020.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Mac 2021 @ 6:31 AM