HARTANAH lelong menjadi tarikan kerana dirasakan murah berbanding hartanah dibeli menerusi pemaju atau pemilik perseorangan.
HARTANAH lelong menjadi tarikan kerana dirasakan murah berbanding hartanah dibeli menerusi pemaju atau pemilik perseorangan.
PERLU jalankan semakan sebelum membida hartanah berkenaan.
PERLU jalankan semakan sebelum membida hartanah berkenaan.
Nurul Husna Mahmud


RAMAI tertarik untuk melakukan pembelian hartanah menerusi jualan lelong kerana berpandangan harga ditawarkan lebih rendah berbanding hartanah yang ditawarkan pemaju atau rumah sekunder (sub sale).

Bagi mereka yang berhasrat memiliki hartanah pertama menerusi kaedah itu, maklumat penting adalah mengetahui terlebih dahulu dua kategori dalam segmen hartanah yang dilelong.

Hartanah lelong terbahagi kepada hartanah yang sudah ada suratan hakmilik dan hartanah yang belum ada suratan hakmilik individu atau strata.

Suratan hakmilik adalah dokumen pengenalan diri bagi sesuatu hartanah bersertakan nombor hak milik. Manakala bagi tanah berkenaan pula ada nombor siri dirujuk sebagai nombor lot atau No PT.

Apabila tanah sudah siap diplotkan dan dikeluarkan suratan hakmiliknya, pejabat tanah akan mengeluarkan suratan hakmilik sementara (qualified title) sehinggalah apabila tanah itu diukur dengan sempurna barulah bertukar kepada suratan hakmilik (final title).

Bagi hartanah lelong yang sudah ada suratan hakmilik, lelongan hartanah bekenaan akan diadakan di pejabat tanah atau mahkamah.

NAZRI
NAZRI

Suratan hakmilik yang berstatus geran mukim atau pajakan mukim akan dilelong di pejabat tanah manakala hartanah berstatus geran atau atau pajakan negeri akan dilelong di mahkamah.

Untuk lelongan hartanah tanpa suratan hakmilik, ia akan dilakukan pihak bank dengan kuasa yang ada menerusi dokumen pembiayaan terdahulu, dengan melantik peguam dan pelelong serta dilaksanakan di lokasi pilihan pelelong, samada di pejabat pelelong, dewan lelongan atau jika jumlah hartanahnya banyak, di dewan hotel.

Peguam Hartanah Tetuan Nazri Azmi Islinda, Datuk Nazri Mustafa berkata, bagi pembeli hartanah pertama yang berhasrat memiliki hartanah menerusi lelongan awam, ia bukanlah proses yang mudah sebaliknya perlu mendalami dan memahami semua prosedur yang ada.

Beliau berkongsi tujuh tip utama bagi pembeli hartanah pertama yang bercadang untuk memiliki hartanah lelong:

BANK biasanya menjalankan lelongan untukhartanah tanpa suratan hakmilik.
BANK biasanya menjalankan lelongan untukhartanah tanpa suratan hakmilik.

1. Urus kewangan dengan baik. Bakal pembida mesti menyediakan wang anggaran tidak kurang dari 20 peratus dari harta bidaan. Sebanyak 10 peratus untuk pembayaran deposit dan 10 peratus untuk menampung kos yang jelas serta tersembunyi perlu disediakan.

2. Pastikan pembida atau pembeli membuat semakan dan memiliki kelayakan dalam kelulusan pembiayaan bank tidak kurang dari 90 peratus dari harga bidaan atau jumlah dikehendaki.

3. Belajar ilmu pembelian hartanah lelong daripada mereka berpengalaman. Tidak perlu terburu-buru. Bank sentiasa menganjurkan lelongan awam dan melelong hartanah dari semasa ke semasa;

4. Dapatkan bantuan daripada ejen lelongan dan peguam jika khuatir dan memerlukan bimbingan untuk pengalaman kali pertama membida hartanah.

5. Buat semakan ke atas hartanah yang hendak dibida, secara fizikal dan dokumen pemilikannya menerusi carian serta pembacaan perisytiharan jualan.

6. Ramai yang hendak memiliki hartanah 'murah' daripada lelongan awam tetapi tidak sanggup menampung kos atau menguruskan risiko. Sekiranya pembida dapat menguruskan dua perkara ini, hartanah lelong boleh menjadi satu instrumen pelaburan yang baik.

7. Selepas memenangi bidaan, pastikan pembida melantik peguam atau firma guaman yang berpengalaman mengendalikan kes pembelian hartanah melalui lelongan.

BOLEH tinjau pasaran hartanah semasa dan harga bukaan hartanah lelong di kawasan sama menerusi paparan iklan akhbar.
BOLEH tinjau pasaran hartanah semasa dan harga bukaan hartanah lelong di kawasan sama menerusi paparan iklan akhbar.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Februari 2022 @ 6:40 AM