Lizam Ridzuan

Kebanyakan kenderaan utiliti sukan (SUV) sememangnya menampilkan gaya sporty.

Namun jika ingin tampil berbeza dan unik, kebanyakannya memilih untuk menambah aksesori yang banyak dijual di kedai aksesori.

Vroom berkesempatan memandu uji Nissan X-Trail talaan Impul Baharu yang menawarkan kemasan lebih versatil dan agresif baru-baru ini.

Ia sememangnya sudah dilengkapi dengan kit badan sebagai ciri standard yang menyerlahkan rupa kenderaan SUV dalam segmen-C ini.

X-TRAIL gaya Impul.
X-TRAIL gaya Impul.

Untuk rekaan luaran, ia tampil dengan Aerokit lengkap Impul terutama pada bahagian hadapan dengan kemasan gril V-Motion hitam berkilat sebagai ciri signatur jenama ini.

RUANG dalaman Nappa Maroon.
RUANG dalaman Nappa Maroon.

SISTEM infotainmen pelbagai fungsi.
SISTEM infotainmen pelbagai fungsi.

Padanan ini diserlahkan dengan rekaan lampu hadapan LED dan lampu nyalaan siang (DRL) bentuk boomerang yang diperkenalkan untuk model yang ditambah baik pada tahun lalu.

Ia kini datang dengan spoiler bampar hadapan dan belakang dua tona, skirt sisi dan spoiler belakang hitam berkilat pada pintu

but seterusnya menjadikan X-Trail ini lebih 'garang'.

Bagi melengkapi elemen sporty yang diperkenalkan, ia dipasang dengan rim aloi bersaiz 18 inci Impul Aura serta tayar Continental ContiMaxContact MC6.

Tidak sekadar gaya, suspensi dengan Spring Sport Impul juga disertakan yang ditala untuk pemanduan yang responsif, stabil dan selamat.

Menjengah ke bahagian dalaman, tiada perbezaan ketara dengan model sebelumnya.

Cuma ia dipertingkatkan menerusi penggunaan kemasan kulit Nappa Maroon pada tempat duduk, papan pemuka serta perehat lutut dan tangan.

Ia memberikan perincian lebih elegan dan menambah elemen tersendiri pada suasana ruang dalaman model ini.

Ciri-ciri lain seperti roda stereng flat-bottom dengan pelbagai fungsi antara yang menarik untuk model Nissan terbaharu dan tidak keterlaluan antara terbaik daripada segi rekaan jika dibandingkan jenama lain.

Penulis memandu model X-Trail Hybrid yang diperkenalkan pada 2019, ia juga varian tertinggi daripada empat yang ditawarkan ke pasaran tempatan.

ENJIN dengan sistem hibrid.
ENJIN dengan sistem hibrid.

Trenkuasa dengan enjin 1,997cc DOHC CVTC berkembar menawarkan kuasa dan bahan api efisien untuk kuasa kuda 144PS pada 6,000 rpm dan tork 200Nm pada 4,400 rpm serta tambahan 41PS (motor elektrik).

Apa yang uniknya, sistem hibrid ini mengalirkan tenaga daripada enjin dan elektrik mengikut keperluan yang boleh dilihat pada paparan bantu pemandu termaju bersaiz lima inci dan pada skrin multimedia.

Penulis boleh mengawal tenaga pada pedal sama ada untuk pecutan atau pemanduan normal serta fungsi brek bagi memberikan lebih jarak perbatuan.

Transmisi tujuh kelajuan X-Tronic CVT melalui sekali isian bahan api mencatatkan penggunaan sekitar 16 kilometer (km) untuk setiap satu liter.

Melalui sistem suspensi yang menerima spring Impul, ia memberi kesan terhadap pengendalian lebih mantap dan stabil pada selekoh serta melalui jalan tidak rata, juga menyerap tekanan dengan baik.

Ciri prestasi diimbangi elemen keselamatan terbaik melalui Mobiliti Pintar Nissan dengan Kawalan Pelayaran Pintar yang membolehkan kenderaan bergerak pada kawalan yang minimum.

DIHIASI Aerokit Impul eksklusif.
DIHIASI Aerokit Impul eksklusif.

Ia sangat membantu ketika kesesakan lalu lintas.

Secara keseluruhan, model Nissan X-Trail talaan Impul ini adalah kenderaan dengan ciri eksekutif sporty untuk lebih ranggi.

Untuk versi hibrid, ia menawarkan kuasa dan penggunaan bahan api efisien melalui elektrik motor dan bateri HEV Lithium-Ion yang tur

ut menerima jaminan lima tahun.

Kit Impul ini juga ditawarkan untuk semua varian X-Trail dengan tambahan sekitar RM11,000 daripada harga jualan.

BAMPAR belakang dwi-tona.
BAMPAR belakang dwi-tona.

Bagi pemilik sedia ada, mereka perlu menambah sekitar RM16,800 untuk pakej ini.

Selain hibrid, semua varian X-trail menawarkan tujuh tempat duduk serta ruang kargo 550 liter dan jika kerusi baris kedua direbahkan, ia mencatatkan 1,520 liter dan adalah yang terbaik dalam kelasnya.

Untuk satu isian penuh bahan api 60 liter ia mampu mencatatkan perjalanan sehingga 700km, namun bergantung kepada corak pemanduan, muatan dan faktor jalan raya.

Ciri keselamatan terdiri daripada enam beg udara SRS, Amaran Perlanggaran Hadapan Pintar (FCW) dan Membrek Kecemasan Hadapan Pintar (FEB), Sistem Bantu Lampu Tinggi (HBA), Kawalan Pelayaran Pintar (ICC), sistem brek antikunci (AB

S) dan Sistem Kawalan Cengkaman (TCS).

Kit X-Trail Impul yang dipasang di kilang ini juga datang dengan jaminan pengeluar selama tiga tahun atau jarak perbatuan sehingga 100,000km (yang mana lebih dahulu).

GRIL signatur hitam berkilat.
GRIL signatur hitam berkilat.

Untuk pasaran Malaysia, Nissan X-Trail dijual bermula daripada RM139,630 untuk model 2.0L 2WD, RM150,643 (2.0L 2WD MID), RM157,731 (2.5L 4WD) dan RM168,450 (Hibrid) (semua harga selepas pengecualian cukai atas jalan tanpa insura

ns).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 Oktober 2020 @ 6:25 AM