KERETA klasik Volvo memeriahkan suasana.
KERETA klasik Volvo memeriahkan suasana.
Lizam Ridzuan


Lebih 240 pemilik dan peminat kenderaan Volvo menyertai program Pengalaman Pemanduan Selamat yang julung kali dianjurkan Volvo Car Malaysia di negara ini.

Diadakan di KL Base, Sungai Besi, Kuala Lumpur ia kesinambungan kempen 'For Life' jenama itu membantu menambah kemahiran pemanduan peserta.

Kawasan itu disiapkan dengan beberapa aktiviti dan ujian seperti membrek, pengendalian dan mengelak serta reaksi pantas menukar laluan termasuk 'slalom' dan pecutan dalam kawasan laluan landasan kapal terbang lama sejauh 1.8 kilometer (km) itu.

Peserta disediakan dengan model Volvo terkini daripada kenderaan elektrik (EV) dan hibrid plug-in (PHEV) iaitu kenderaan Utiliti Sukan (SUV) XC90, XC60, sedan S90 dan S60, estate V60 dan sub kompak SUV XC40.

Ketua Pemasaran dan Perhubungan Awam Volvo Car Malaysia, Patricia Yaw berkata program ini sebagai meningkatkan kemahiran pemandu Volvo dengan kemahiran yang betul di atas jalan raya.

PELBAGAI model Volvo disediakan.
PELBAGAI model Volvo disediakan.

TAKLIMAT oleh jurulatih pemanduan profesional.
TAKLIMAT oleh jurulatih pemanduan profesional.

"Selain kemahiran kami juga ingin menonjolkan kelebihan dan kemajuan teknologi yang dilengkapi dalam kenderaan Volvo sebagai ciri keselamatan tambahan untuk melindungi seisi penumpang," katanya.

Sebelum program bermula, peserta diberi taklimat oleh jurulatih pemanduan profesional berkenaan teknik asas dan posisi duduk yang betul sebelum pemanduan.

Program itu juga mendapat sokongan beberapa rakan penaja yang berkaitan bagi melengkapi keseluruhan acara berjalan lancar dan meriah.

Ketika acara itu juga dipertontonkan model Volvo C40 Recharge Pure Electric warna baharu Kelabu Vapour yang ditawarkan untuk model 2024 yang mampu menjangkau perjalanan sehingga 550km, pengecas DC lebih pantas, pek bateri lebih besar dan teknologi lampu utama pixel.

Turut hadir memeriahkan suasana ialah ahli Kelab Klasik Volvo dengan model ikonik seperti Volvo 122, 144 dan P1800 sebagai warisan sejarah jenama itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 April 2024 @ 6:48 AM