MODEL global pertama jenama ini.
MODEL global pertama jenama ini.
Lizam Ridzuan


PENGELUAR kenderaan tenaga baharu (NEV) BYD dari Shenzan, China meraikan pengeluaran model kenderaan BYD Atto 3 yang ke 500,000 unit selepas 19 bulan pelancaran.

Model pertama pasaran global itu adalah kenderaan elektrik (EV) yang menerima sambutan yang baik serta menjadi pendahulu jualan kenderaan segmen itu di Singapura, Thailand dan Sweden.

Model ini adalah kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan ciri teknologi termaju dibangunkan di atas e-platform 3.0 yang menggabungkan elemen pintar dan guna tenaga efisien.

Ia juga dengan prestasi, astetika dan kemasan yang moden selain sistem keselamatam terbaik dan tampil rekaan signatur 'Dragon Face' yang tampil gaya kontemporari serta gaya urban.

BYD ditubuhkan pada 1995 sebagai pembuat bateri dan peneraju dalam teknologi dan kekal komited kepada inovasi yang mampan.

Pada tahun 2022, ia menghentikan pengeluaran kenderaan ICE memberi tumpuan semata-mata pada BEV dan PHEV, menghasilkan 1.86 juta jualan kenderaan penumpang tenaga baharu dan memastikan kedudukannya sebagai jualan terlaris dunia pembuat kereta dalam NEV.

Untuk pasaran Malaysia, BYD Atto 3 dilancar pada Disember 2022 menerusi dua varian Standard Range (SR) untuk jarak perjalanan sehingga 410 kilometer (km) dan Extended Range (ER) dengan jarak 480km.

Ia ditawar pada harga RM149,800 (SR) dan RM167,800 (ER) menerusi pengedar utamanya Sime Darby Motors.

Sehingga kini sudah terdapat 21 ruang pameran jenama ini di seluruh Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 September 2023 @ 6:45 AM