PADANAN hitam pada rim dan fender.
PADANAN hitam pada rim dan fender.
TAMPIL gaya kontemporari.
TAMPIL gaya kontemporari.
GAYA baharu Navara.
GAYA baharu Navara.
Lizam Ridzuan


TAMPIL gaya ranggi dan lasak adalah ciri utama pilihan pembeli untuk trak pikap yang semakin mendapat tempat bagi kegunaan untuk gaya hidup.

Tidak terkecuali Nissan Navara menerusi varian popular VL dan V yang kini ditawarkan kemasan lebih menarik berkonsepkan daripada model PRO-4X.

Antara yang terbaharu ditawarkan ialah gril hadapan baharu, perumah cermin sisi dan fender hitam berkilat dan untuk V dengan rim aloi hitam berkilat bersaiz 17 inci dan VL pula bersaiz 18 inci.

Gril hitam yang sebelum ini khusus untuk Pro-4X menambah elemen maskulin pada trak pikap ini yang diapit lampu utama jenis Quad LED Projector dan Lampu Nyalaan Siang (DRL) bentuk-C.

Tambah gaya lasak, Varian VL di bawah Pakej Perlindungan didatangkan dengan pelindung tangki bahan api, peleindung penakung minyak, plat pemijak kaki, perakam video pemanduan. visor pintu dan filem penapis haba V-Kool.

Untuk varian V dengan Pakej Premium ditawarkan dengan tempat duduk kulit serta penapis haba V-Kool.

Untuk kuasa, kedua-dua varian dengan enjin 2.5 liter empat silinder DOHC Common Rail Turbo-Diesel menjana 190PS pdan tork 450Nm serta transmisi automatik 7-kelajuan dengan ciri sistem kawalan elektronik 4WD dengan Active Brake Limited Slip Differential.

Suspensi belakang dengan gelung spring multi-dedaun bagi tugas muatan berat dan meningkatkan keselesaan perjalanan penumpang untuk keseimbangan ideal sama da jalan bandar atau lasak.

GRIL kemasan hitam.
GRIL kemasan hitam.

Untuk VL dengan jarak permukaan jalan 230mm dan V dengan 225 mm dan ia dengan ruang kargo bersaiz 1,469mm (panjang), 1,560mm lebar dan 519mm tinggi.

Ciri keselamatan terbaik dengan enam beg keselamatan, Kawalan Dinamik Kenderaan, Bantuan Mula Bukit, Kawalan Turun Bukit, Sistem Brek Aanti-Kunci dengan Pengagihan Brek Elektronik dan Bantuan Brek sebagai ciri standard.

Tambahan kepada itu VL dan V dengan Intelligent Predcitive Forward Collision Warning yang membolehkan ia mengesan dua kenderaan hadapan dan Brek Kecemasan dengan Intelligent Driver Alertness serta Kamera 360 darjah.

PUSAT 3S Petaling Jaya dengan kemasan baharu.
PUSAT 3S Petaling Jaya dengan kemasan baharu.

Navara Edisi Hitam dijual pada harga RM134,800 (V) dan RM146,900 (VL) (atas jalan tanpa insurans).

Nissan Navara Baharu dilancarkan ke dalam pasaran tempatan pada 2021 dengan enam varian pada harga bermula RM93,900.

Sementara itu dalam satu perkembangan lain pusat pameran 'flagship' Nissan 3S Baharu di Petaling Jaya dinaiktaraf dengan ciri kemasan baharu lebih selesa dan tampil premium.

Selaras dengan Konsep Runcit Nissan (NRC-NEXT) terkini dengan pelaburan lebh RM4 juta juga mencerminkan identiti korporat terbaharu Nissan yang dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Nissan Motor Co Ltd Makoto Uchida.

Ia berkeluasan lebih 43,000 kaki persegi dengan gaya dan susun atur kontemporari dan kapasiti 8 buah kenderaan boleh dipamerkan dalam satu masa.

Pusat servis juga dengan 25 ruang servis am yang dilengkapi peralatan termaju serta ruang penjajaran roda dengan pendingin hawa mampu menyelenggara 100 kenderaan setiap hari serta dilengkapi gudang alat ganti.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 September 2023 @ 6:30 AM