NISSAN Navara perkenal varian Pro-4X.
NISSAN Navara perkenal varian Pro-4X.
Lizam Ridzuan


NISSAN Motor Corporation memperlihatkan model pacuan empat roda Nissan Navara Baharu yang dipertingkatkan tahap keselamatan, keselesaan, ketahanan serta gaya.

Melalui pengenalan gred varian PRO-4X, ia tampil bukan sahaja lebih ranggi, malah ditambah dengan elemen rekaan lasak dan maskulin sesuai buat yang gemarkan cabaran berbeza pada hujung minggu.

Ia akan dipasang dan dikeluarkan di Thailand untuk pasaran Asean dan Australia.

Pengguna di Thailand antara yang terawal di dunia menerima model ini memandangkan negara berkenaan antara pasaran penting Nissan bagi segmen kenderaan seperti ini.

RUANG dalaman selesa dan premium.
RUANG dalaman selesa dan premium.

Rekaan luaran, terutama pada bahagian hadapan dengan gril 'interlock' adalah ciri unik barisan pacuan empat roda jenama ini yang mula dipasang pada model Nissan Titan.

KEMASAN dan perincian baharu pada setiap bahagian.
KEMASAN dan perincian baharu pada setiap bahagian.

Lampu hadapan projektor LED dengan bentuk C meningkatkan kecerahan dan tahap sofistikated.

Lampu belakang kemasan krom selain tangga sisi juga menyumbang kepada prestasi aerodinamik.

Kemasan hitam pada bampar hadapan, logo Nissan oren-merah dengan latar belakang hitam menyerlahkan elemen 'sporty' manakala rim aloi 17 inci menyerlahkan elemen ranggi.

Navara baharu ini ditawarkan dengan lapan pilihan warna dengan dua warna terkini iaitu coklat oren dan kelabu untuk Pro-4X serta ruang kabin pilihan kelabu dan hitam.

Rekaan dalaman Pro-4X lengkap dengan ciri keselesaan. Kerusi hadapan dan belakangnya juga selesa, malah kusyen serta bahagian penyandar pula dipertingkatkan.

Perehat tangan penumpang dilengkapi tempat meletak minuman atau telefon pintar.

Selain itu, roda stereng ciri baharu dilengkapi panel instrumen untuk sistem 'infotainment' berskrin sesentuh lapan inci. Meter pula berskrin TFT resolusi tinggi tujuh inci.

GRIL hadapan ‘interlock’.
GRIL hadapan ‘interlock’.

Sistem keselamatan pula membabitkan antaranya Amaran Perlanggaran Hadapan Pintar, Brek Kecemasan Pintar, Amaran Keluar Laluan, Amaran Titik Buta dan Sistem Pembezaan Gelincirian Terha

d Brek Aktif (ABLS).

Sesaran enjin tidak didedahkan namun untuk pasaran Thailand, ia bakal menerima enjin 4x4 turbo berkembar dengan enam kelajuan manual serta empat mod pemanduan.

Pasaran Australia pula akan menerima talaan suspensi yang dipertingkatkan untuk 'multi-link' dan spring dedaun model ini.

Untuk pasaran Malaysia, buat masa ini, belum ada tarikh rasmi Nissan Navara baharu

ini dilancarkan oleh pengedar utamanya, Edaran Tan Chong Motor (ETCM).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 22 November 2020 @ 7:00 AM