Nissan Navara varian PRO-4X. FOTO OWEE AH CHUN
Nissan Navara varian PRO-4X. FOTO OWEE AH CHUN
Oleh Lizam Ridzuan


 

SHAH ALAM: Edaran Tan Chong Motor (ETCM) sebagai pengedar utama kenderaan Nissan di Malaysia memperkenalkan trak pikap Nissan Navara PRO-4X Baharu untuk pasaran tempatan.

  Pengarah Jualan dan Pemasarannya Christoper Tan berkata varian tertinggi itu tampil lebih ranggi dan bergaya adalah yang pertama kali diperkenalkan di bawah model Navara turut didatangkan ciri termaju.

  "Navara PRO-4X ini khusus buat mereka yang gemarkan aktiviti kembara lasak dengan kenderaan yang mempunyai rekaan, teknologi dan gaya aras yang baharu,

  "Ia juga disertakan teknologi termaju dalam kelasnya termasuk sistem bantuan pemandu melalui Mobiliti Pintar Nissan dengan ciri keselamatan terbaik pernah ditawarkan untuk Navara," katanya ketika prebiu ekskulif media di sini petang tadi.

  Untuk rekaan luaran menampilkan gaya lebih agresif termasuk gil lebar 'Interlock' berwarna hitam dengan tulisan Navara serta kemasan lain tona sama pada pemegang pintu, cermin sisi, rel bumbung dan dapra.

  Lampu utama projektor LED serba baharu dengan lampu nyalaan siang (DRL) bentuk C antara yang menyerlahkan rekaan.

  Ruang dalaman tampil lebih elegan dengan kerusi balutan kulit sokongan belakang, meter pemandu bersaiz 7 inci, pemain multimedia bersaiz 8 inci dengan skrin sesentuh dan ketersambungan aplikasi.

  Enjin 2.5 liter diesel turbo menghemburkan kuasa 190PS pada 3,600rpm dan tork 450Nm pada 2,000rpm yang dipadankan transmisi tujuh kelajuan automatik dengan mod manual.

 Tiga warna ditawarkan iaitu Kelabu Stealth, Merah Burning, Putih Mutiara dan Hitam Star.  Harga untuk Nissan Navara PRO-4X ini dan lain-lain varian akan diumumkan ketika majlis pelancarannya pada 16 April hadapan.

 

 

  

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 26 Mac 2021 @ 6:52 PM