CIRI aerodinamik dipertingkatkan dengan sentuhan Tomei Powered.
CIRI aerodinamik dipertingkatkan dengan sentuhan Tomei Powered.
Mohd Razlan Salleh

Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) memperkenalkan Nissan Almera Siri Hitam baharu, model kedua diperkenalkan selepas model Navara yang menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Sedan popular ini dilengkapi gril depan, penutup cermin sisi, spoiler trunk lid dan rim aloi 15 inci berwarna hitam selain padanan Aerokit serba baharu Titanum Gelap rekaan khas Tomei Powered dari Jepun.

Ruang dalaman turut dipertingkatkan bersama tempat duduk kulit dengan kemasan titanium gelap rekaan terbaru, paparan skrin audio Clarion 6.75 inci dengan kamera undur, sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

RIM bersaiz 15 inci.
RIM bersaiz 15 inci.

Sebagai tambahan, Nissan Almera Siri Hitam dilengkapi filem penghalang haba solar Garddan, perakam video pemanduan (DVR) dengan sudut luas 150 darjah.

Pengarah Jualan dan Pemasaran ETCM, Christopher Tan berkata, Almera adalahantara model terlaris Nissan di negara ini.

“Dengan pengenalan Nissan Almera Siri Hitam baharu, ia memiliki gaya, penampilan dan keperibadian tersendiri.

“Warna hitam pada aksesori jentera menjadikannya lebih menyerlah dan mengancam,” katanya.

BAHAGIAN hadapan menarik.
BAHAGIAN hadapan menarik.

Model edisi khas berkenaan masih mengekalkan enjin 1.5L empat silinder HR15DE dengan sistem Continuously Variable-Valve Timing Control (CVTC) menawarkan pecutan dan penjimatan bahan api mengagumkan.

Untuk varian VL, ciri kekunci pintar (i-Key) dengan Sistem Kemasukan Tanpa Kunci, Butang Penghidup Enjin dan Kawalan Suhu Automatik adalah ciri standard.

Nissan Almera Siri Hitam hadir dalam lima warna iaitu Hitam Diamond, Putih Brilliant, Perak Tungsten, Emas Bronze dan warna baharu Hijau Titanium Olive.

BAHAGIAN belakang dengan kemasan gelap.
BAHAGIAN belakang dengan kemasan gelap.

Semua model ini hadir dengan jaminan lima tahun dan perbatuan tanpa had manakala jaminan aksesori adalah selama tiga tahun atau 100,000 kilometer (km), yang mana terdahulu.

Sementara itu, pemilik Nissan Almera sedia ada yang berminat menaik taraf jentera mereka dengan Aerokit TOMEI serba baharu boleh menghantar emel ke alamat [email protected].

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 November 2018 @ 7:01 AM