GAYA ranggi SUV Coupe.
GAYA ranggi SUV Coupe.
Lizam Ridzuan


Tampil dengan gaya kenderaan utiliti sukan (SUV) coupe, smart #3 dilancarkan untuk pasaran tempatan dengan tiga varian iaitu Pro, Premium dan Brabus sebagai teratas untuk model ini.

Ia kenderaan elektrik (EV) kedua ditawarkan pengedarnya Pro-Net selepas smart #1 sebelum ini yang ditawarkan pada tahun lalu.

Direka dengan kepakaran Mercedes-Benz dan dibangunkan bersama Geely, untuk varian #3 Pro ia dilengkapi dengan rim aloi Flux 19" mempunyai rintangan angin yang rendah dan reka bentuk 'rivet' tempat duduk yang pertama dalam industri dengan penyandar kepala yang menampilkan logo smart.

Ia dikuasakan oleh bateri LFP 49kWh, untuk jarak WLTP sejauh 325 kilometer (km) dan untuk varian smart #3 Premium menawarkan ciri tambahan termasuk Lampu Hadapan CyberSparksLED + Matrix, gril hadapan berlampu, dan Bateri NCM 66kWh.

RUANG kabin futuristik.
RUANG kabin futuristik.

Bateri ini menggerakkan motor 200kW dengan tork 343Nm yang dipacu menerusi roda belakang dengan keupayaan mencapai pecutan 0 hingga 100 km/j dalam masa 5.8 saat dan jarak WLTP sejauh 455km.

Menerusi pengecasan aliran ulang-alik (AC) dan aliran terus (DC) 22kW ia boleh mengecas bateri dari 10-80 peratus dalam masa kurang daripada 3 jam (AC).

Untuk pemanduan ia ditambah tiga tahap brek regeneratif baru: rendah, sederhana, dan tinggi selain dilengkapi 23 sensor berketepatan tinggi yang membolehkan 21 fungsi Sistem Bantuan Pemanduan Termaju (ADAS) berfungsi dengan baik.

Untuk varian #3 Brabus ia sesuai buat mereka yang mahukan prestasi lebih tinggi dengan pecutan sifar ke 100km/j dalam tempoh 3.7 saat yang dijana dwi-motor pacuan semua roda menjana kuasa 314kW dan tork 543Nm dan jarak capaian WLTP sehingga 415km.

SELESA untuk penumpang.
SELESA untuk penumpang.

Ciri lain dengan untuk smart #3 menampilkan 12 kombinasi pilihan warna unik, selain ruang dalaman gaya futuristik sesuai buat golongan sasarnya yang gemarkan pembaharuan teknologi serta lebih muda.

Ia juga dilengkapi dengan paparan head-up 10 inci, sistem 13 pembesar suara Beats, tempat duduk material suede, bumbung panorama, sistem multimedia skrin sesentuh 12.8 inci, meter pemandu LCD penuh 9.2 inci.

Model ini juga dengan pendingin hawa automatik satu zon, cermin pintu tanpa bingkai, kerusi hadapan larasan elektronik dan pintu belakang kuasa elektrik.

Ciri fleksibel dengan kerusi belakang boleh dijatuhkan 40:60, lampu suasana, roda stereng balutan kulit, ruang storan selain kemudahan empat pengecasan USB dan satu pengecas tanpa wayar bagi memastikan kuasa gajet sentiasa dalam keadaan baik.

SISTEM pembesar suara Beats.
SISTEM pembesar suara Beats.

Ciri keselamatan lain dengan 6 beg keselamatan, Bantuan Parkir Automatik (APA), kamera 360 darjah, Amaran Trafik Melntas Hadapan dan Belakang, Bantauan Kekal Laluan, Bantuan Menukar Lorong, Pengesan Titik Buta dan Bantuan Kelajuan Pintar.

Untuk pasaran Malaysia smart #3 Pro dijual pada harga RM175,000, #3 Premium (RM215,000) dan #3 Brabus (RM255,000) dan ia didatangkan dengan pelbagai jaminan kenderaan 4 tahun tanpa had perbatuan serta banyak lagi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Julai 2024 @ 7:01 AM