EQE tawar sedan bisnes EV.
EQE tawar sedan bisnes EV.
Lizam Ridzuan


MELIHAT kepada perkembangan memberangsangkan model kenderaan elektrik (EV) di negara ini, Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan model EQE Serba Baharu.

Sebelum ini, model EQA, EQB, EQC dan EQS sudah diperkenalkan di bawah subjenama Mercedes-EQ ini.

Menerusi model sport sedan bisnes varian, EQE 350+ adalah model kedua selepas EQS dan ia dibangunkan di atas platform binaan elektrik yang khusus untuk model EV Mercedes-Benz.

Melihat kepada rekaan luaran, ia hadir dengan konsep futuristik dan sporty.

Ia juga didatangkan dengan kemasan AMG Line serta padanan rim aloi lima jejari AMG bersaiz 19 inci .

Pencahayaan Digital dengan Tambahan Bantuan Pancaran Tinggi Adaptif pada lampu hadapan melengkapi lampu Multibeam LED serta lampu belakang 3D helix.

Bagi ruang kabin, ia dilengkapi kerusi sport dihiasi kulit Artico dan Microcut hitam serta kelabu space.

Ia juga didatangkan antaranya dengan sistem infotainmen dan Sistem Multimedia MBUX dengan keterhubungan Apple CarPlay dan Android Auto.

EQE 350+ ini mampu menjangkau perjalanan sehingga 669 kilometer (km) (WLTP) dengan bateri kuasa 90.56kWh.

Ia dilengkapi trenkuasa elektrik (eATS) dengan motor elektrik tetap menerusi 'excited synchronous motors' (PSM).

Kenderaan ini menawarkan 292 kuasa kuda dengan tork 565Nm dengan kelajuan maksimum 210 kilometer/sejam (km/j) dan pecutan sifar ke 100 km/ dalam tempoh 6.4 saat.

Bagi ciri keselamatan, ia dilengkapi antaranya dengan paparan Head-up untuk pemandu lebih fokus pada pemanduan.

Untuk pasaran Malaysia, Mercedes-EQE 350+ dijual pada harga RM419,888 (atas jalan tanpa insurans).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 Disember 2022 @ 7:00 AM