MERCEDES-AMG EQS 53 4Matic+.
MERCEDES-AMG EQS 53 4Matic+.
KERUSI penumpang selesa.
KERUSI penumpang selesa.
Lizam Ridzuan


SEGMEN prestasi Mercedes-AMG sememangnya dikenali dengan ciri talaan yang diasaskan daripada sukan permotoran menawarkan prestasi jentera luar biasa dan mengujakan bagi kegunaan jalanan.

Tidak terkecuali untuk segmen kenderaan elektrik (EV) yang pertama untuk AMG diperkenalkan untuk pasaran Malaysia baru-baru ini menerusi model Mercedes-AMG EQS 53 4Matic+ dan EQE 53 4Matic+.

Mula diperkenalkan untuk pasaran global pada September 2021, Ia bukan sahaja mewah malah didatangkan dengan kuasa dan jarak perbatuan yang lebih baik.

Untuk EQS 53 menerusi dua motor pacuan semua roda menjana 658 kuasa kuda (hp) dan tork 950Nm menjana pecutan dari sifar ke 100 kilometer/sejam (km/j) dalam tempoh 3.8 saat serta kelajuan maksimum mencecah 220km/j.

Menerusi bateri 108.4kWh ia menawarkan jarak sejauh 513 hingga 571 km dengan purata penggunaan sekitar 24.3 hingga 21.8 kWh untuk setiap 100 km.

Untuk pengecasan pula menerusi Arus Ulang-Alik (AC 11kW) mengambil masa sekitar 11 jam 15 min untuk penuh dan menerusi Arus Terus (DC 200kW) sekitar 31 minit dari 10 peratus ke 80 peratus.

Untuk pasaran Malaysia Mercedes-AMG EQS 53 4MATIC+ dijual pada harga RM798,888.

MERCEDES-AMG EQE 53 4Matic+.
MERCEDES-AMG EQE 53 4Matic+.

Untuk model Mercedes-AMG EQE 53 4MATIC+ ia menawarkan 625 hp dan tork 950Nm dengan pecutan dari sifar ke 100km/j dalam tempoh 3.5 saat.

Untuk satu pengecasan penuh mampu mencapai jarak perbatuan 458 km hingga 527 km serta purata penggunaan kuasa sekitar 22.7 ke 20.2 kWh untuk setiap 100 km.

Untuk pengecas AC ia mengambil maa sekitar 9 jam 15 minit dan DC sekitar 32 minit dari 10 peratus ke 80 peratus.

RUANG kabin EQS.
RUANG kabin EQS.

Untuk pasaran Malaysia Mercedes-AMG EQE 53 4MATIC+ dijual pada harga RM649,888.

Untuk rekaan luaran keduanya hampir sama pada bahagian hadapan dengan lampu utama digital, panel gril hitam dan krom AMG serta logo bintang Mercedes bersepadu serta bampar hadapan dan apron ciri rekaan AMG A-wing saduran hitam berkilat.

Ia juga dengan bumbung panorama, rim aloi AMG 21 inci, angkup brek merah dengan jenama AMG.

KUALITI kemasan mewah.
KUALITI kemasan mewah.

Ruang kabin juga dengan gaya AMG pada kerusi kulit nappa, roda sterang gentian karbon dan Microcut AMG, kemasan panel dalaman kulit buatan Artico dan sistem bunyi 3 dimensi daripada Burmester menyerlahkan ciri premium dan prestasi.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Jun 2023 @ 6:20 AM