TRIUMPH perkenal barisan model 2020
TRIUMPH perkenal barisan model 2020
Lizam Ridzuan

RANGKAIAN model terbaharu motosikal jenama Triumph yang diperkenalkan ke pasaran tempatan baru-baru ini menawarkan model daripada segmen berbeza.

Antara yang mencuri tumpuan ialah model paling berprestasi dalam pasaran jentera dua roda dunia iaitu Triumph Rocket 3 R, Rocket 3 GT dan Rocket TFC (Triumph Factory Custom) yang dibekalkan dengan enjin 2,500cc.

Model ‘musle’ ini menjana kuasa 167PS pada 6,000rpm dan tork 221Nm pada 4,000rpm.

Ia dijual pada harga bermula RM130,900 dan RM136,900.

Bagi varian TFC, ia dijual pada harga RM180,000 dengan hanya 750 unit dikeluarkan.

Bukan itu saja, varian TFC ini juga sudah habis dijual.

Selain itu, model Tiger 900 Serba Baharu juga diperkenalkan iaitu motosikal pengembaraan (adventure) saiz pertengahan yang dinaik taraf daripada 800 cc sebelum ini.

Ia kini dikuasakan dengan kuasa 95PS pada 8,750rpm dan tork 87Nm pada 7,250rpm.

Enam varian ditawarkan iaitu Tiger 900, GT, GT LRH (Low Ride Height), GT Pro.

Bagi varian tertinggi, model ditawarkan ialah 900 Rally dan Rally Pro. Ia khas buat penggemar laluan lasak.

Motosikal yang sesuai untuk perjalanan dalam bandar, jarak jauh atau apa sahaja di antara kedua-duanya itu dilengkapi teknologi terkini.

Ia memberikan prestasi tunggangan terbaik kepada pemiliknya.

Semua model dilengkapi brek Brembo Stylema dan suspensi premium Ohlins, Marzocchi dan Showa serta paparan meter TFT generasi kedua lebih canggih dengan pelbagai fungsi.

Untuk pasaran Malaysia, Tiger 900 Serba Baharu dijual pada harga bermula RM63,900 sehingga RM85,900.

Selain dua model ini, turut didedahkan pada hari pelancaran ialah Premium Thruxton RS 1200 cc.

Ia model yang diinspirasikan daripada ‘cafe racer’ Triumph.

Ia hadir dengan enam kilogram (kg) lebih ringan daripada model Thruxton R yang menerima sentuhan peningkatan kuasa kuda untuk lebih prestasi responsif.

Thruxton RS dikuasakan dengan kuasa 105PS pada 7,50rpm dan tork maksimum 112Nm pada 4,850 rpm lebih 700 rpm rendah daripada generasi sebelumnya.

Untuk pasaran Malaysia, Thruxton RS dijual pada harga RM86,900 (semua harga atas jalan tanpa insurans) dan motosikal Triumph diedarkan di negara oleh Fast Bikes Sdn Bhd.

TRIUMPH Tiger 900.
TRIUMPH Tiger 900.

ROCKET 3R.
ROCKET 3R.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 April 2020 @ 6:30 AM