Lizam Ridzuan


HYUNDAI-Sime Darby Motors (HSDM), pengedar kenderaan Hyundai di Malaysia melancarkan model Hyundai Elantra terbaharu untuk pasaran tempatan hari ini.

Satu varian ditawarkan iaitu 2.0L Executive dengan enjin 2.0 liter sama seperti digunakan untuk model terdahulu dengan kuasa 152 PS pada 6,200 rpm dan tork 192Nm pada 4,000 rpm.

Pengarah Urusan HSDM Low Yuan Lung berkata, model sedan segmen-C itu sebagai model terlaris mereka di negara ini sejak 2012 kini dengan sentuhan rekaan luaran baharu serta ruang dalaman diperkemas.

"Antara ciri baru model ini ialah panjang kenderaan ditambah 70 milimeter (mm), bampar dua tona, rim aloi 17 inci, lampu hadapan dan belakang serta gril yang lebih sporty, " katanya ketika pelancaran.

Lima pilihan warna ditawarkan iaitu Putih Polar, Metal Fluid, Merah Fiery, Biru Teal dan Hitam Phantom dijual pada harga RM109,888 (atas jalan tanpa insurans) dengan lima tahun waranti atau 300,000 kilometer (km).

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 April 2019 @ 12:26 PM
HYUNDAI Elantra terbaharu. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman
HYUNDAI Elantra terbaharu. FOTO Halimaton Saadiah Sulaiman