MOHD Shukri meninggalkan ibu pejabat SPRM di Putrajaya. FOTO Aizuddin Saad
MOHD Shukri meninggalkan ibu pejabat SPRM di Putrajaya. FOTO Aizuddin Saad
Mohd Iskandar Ibrahim


Putrajaya: "Macam-macam kes, saya pun tak pasti." Itu reaksi Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli ketika ditemui selepas hampir sembilan jam memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini.

Pesuruhjaya PAS Perlis itu berkata demikian ketika ditanya adakah siasatan dilakukan terhadapnya menjurus kepada seksyen tertentu mengikut Akta SPRM 2009.

Ditanya lanjut sama ada beliau akan dipanggil semula, Mohd Shukri sekadar berkata, "tidak."

Terdahulu, Mohd Shukri tiba di bangunan Ibu Pejabat SPRM kira-kira 10 pagi dan beliau kemudian meninggalkan bangunan agensi antirasuah itu pada 6.55 petang.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 April 2024 @ 7:38 PM