ZII Jia tewas kepada Axelsen, sekali gus membolehkan Denmark mendahului Malaysia, 1-0 pada perlawanan Kumpulan D Piala Thomas. FOTO BERNAMA
ZII Jia tewas kepada Axelsen, sekali gus membolehkan Denmark mendahului Malaysia, 1-0 pada perlawanan Kumpulan D Piala Thomas. FOTO BERNAMA
Ferzalfie Fauzi


Kuala Lumpur: Aksi skuad Piala Thomas negara pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Denmark tersentak dengan kekalahan perseorangan pertama, Lee Zii Jia kepada Viktor Axelsen sebentar tadi.

Zii Jia tewas 16-21 di set pertama ketika berdepan pemain nombor satu dunia itu di Gimnasium Pusat Sukan Zon Hi-Tech itu sebelum pemain negara di ranking ke-10 dunia cuba melakukan kebangkitan untuk mengikat kedudukan.

Bagaimanapun, keupayaan Axelsen yang juga pemenang pingat emas di Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu nyata tidak dapat disangkal selepas memuktamadkan set kedua dengan keputusan 24-22, sekali gus memberi mata pertama buat Denmark.

Aksi seterusnya antara beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik turun menentang Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen diikuti dengan perlawanan perseorangan kedua antara Leong Jun Hao dan Anders Antonsen.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 April 2024 @ 6:52 PM