ELANTRA N untuk prestasi harian.
ELANTRA N untuk prestasi harian.
Lizam Ridzuan


Selepas model i30 N, Veloster N dan Kona N, Hyundai memperkenalkan Elantra N Serba Baharu di Amerika Syarikat (AS), baru-baru ini.

N ialah segmen prestasi untuk Hyundai dengan lebih 40 elemen dilengkapi pada model Elantra ini yang diketengahkan sebagai konsep 'kereta sports harian'.

Model kenderaan segmen-C itu didatangkan dengan rekaan luaran berbentuk lebih agresif berserta ciri aerodinamik. Bahagian hadapannya mengambil inspirasi bentuk topi keledar pemandu selain gril hitam matte.

Ia juga datang dengan 'spoiler wing' dan 'difusser' pada bahagian belakang. Ia dipadankan dengan rim aloi 19 inci dan tayar 245/35 daripada Michelin Pilot Sport 4 S.

Elantra N dikuasakan dengan enjin 2.0 liter pengecas turbo yang mampu menghemburkan 276 kuasa kuda (hp) pada 5,500rpm hingga 6,000rpm dan tork 392Nm pada 2,100 hingga 4,700rpm.

CIRI sporty dengan spoiler wing.
CIRI sporty dengan spoiler wing.

Untuk menambah prestasi, kotak gearnya didatangkan dengan transmisi dwiklac N (N DCT) 8 kelajuan dengan fungsi 'overboost' N Grin Shift (NGS) untuk mencapai kuasa 286 hp.

Elantra N juga ditawarkan dengan kotak gear manual enam kelajuan.

Untuk pengendalian prestasi maksimum, ia dilengkapi 'N Corner Carving Differential' (e-LSD), 'Variable Exhaust Valve System' dan 'Launch Control'.

PAPAN pemuka gaya perlumbaan.
PAPAN pemuka gaya perlumbaan.

Untuk varian DCT selain NGS, ia datang dengan 'N Power Shift' (NPS) dan 'N Track Sense Shift' (NTS) sebagai ciri standard.

Untuk keupayaan membrek, ia dilengkapi brek cakera bersaiz 14.2 inci dengan pad geseran tinggi dan angkup brek N untuk memberhentikan kenderaan.

Elantra N juga adalah model sulung yang dilengkapi gandar pemanduan bersepadu (IDA) diinspirasikan daripada teknologi jentera Kejuaraan Rali Dunia (WRC) untuk pengendalian lebih ringan dan tepat terutama pada kelajuan tinggi.

ENJIN pengecas turbo 2.0 liter.
ENJIN pengecas turbo 2.0 liter.

Ia turut didatangkan dengan sistem navigasi 10.25 inci dan sistem lapan pembesar suara Bose dengan subwoofer.

Kluster meter LCD-TFT bersaiz 10.25 inci bagi pelbagai maklumat perjalanan juga memudahkan pemanduan.

Elantra N bakal menjengah pasaran AS pada awal tahun hadapan dengan anggaran harga sekitar AS$30,000 (sekitar RM126,500).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 29 Ogos 2021 @ 7:00 AM