MARTINEZ (kanan) menjaringkan gol kemenangan Argentina.
MARTINEZ (kanan) menjaringkan gol kemenangan Argentina.
AFP

Miami: Lautaro Martinez menjaringkan gol pada masa tambahan bagi membolehkan juara bertahan, Argentina menewaskan Colombia 1-0 untuk meraih gelaran Copa America ke-16, hari ini.

Penyerang Inter Milan, Martinez menjaringkan gol pada minit ke-112 untuk mengakhiri persaingan di Stadium Hard Rock yang menyaksikan kapten Argentina, Lionel Messi menangis ketika dikeluarkan pada babak kedua akibat kecederaan pergelangan kaki.

Sepak mula kejohanan bago Amerika Selatan itu ditunda selama 82 minit susulan kekecohan akibat penyokong yang tiada tiket cuba merempuh masuk ke dalam stadium.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Julai 2024 @ 12:25 PM