MESSI (kanan) meraikan jaringannya. FOTO AFP
MESSI (kanan) meraikan jaringannya. FOTO AFP
AFP

Miami: Dua jaringan Lionel Messi membantu Argentina menewaskan Honduras 3-0 di Miami sekali gus melebarkan rekod tanpa kalah mereka menjelang aksi Piala Dunia Qatar.

Kapten Argentina itu menjaringkan gol pada setiap babak dengan gol pertamanya di masa kecederaan separuh masa pertama mengukuhkan kedudukan selepas Lautaro Martinez meledak gol pembukaan minit ke-16.

Argentina tidak pernah kalah dalam 34 perlawanan menjelang perlawanan seterusnya bertemu Jamaica di New York.

Dengan kekalahan terakhir mereka pada separuh akhir Copa America 2019, beribu-ribu penyokong Argentina memenuhi Stadium Hard Rock.

"Perlawanan itu adalah apa yang kami jangkakan. Saya berpuas hati dengan prestasi setiap pemain," kata jurulatih Argentina, Lionel Scaloni.

"Bagi pemain yang tidak beraksi, sebagai jurulatih saya perlu merehatkan beberapa pemain.

"Paling penting ialah siapa yang turun beraksi membuktikan mereka boleh menggalas tanggungjawab diberikan," katanya.

Gol kedua Messi hadir pada minit ke-69 sekali gus melengkapkan kemenangan bergaya Argentina.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 September 2022 @ 11:17 AM