TANGKAP layar rakaman video yang tular di TikTok
TANGKAP layar rakaman video yang tular di TikTok
New Straits Times


Kuala Lumpur: Pengarah dan pelakon, Sabri Yunus baru-baru ini berkongsi rakaman video isterinya, pelakon Ardini Angeline Tan yang mengalirkan air mata ketika di hadapan Kaabah.

Dalam video berdurasi 24 saat yang tular itu, Ardini , 56, dilihat menangis ketika berdoa di hadapan Kaabah.

"Air matamu air mataku jua. Semoga Allah memelihara kita," tulis Sabri, 62, dalam kapsyen video berkenaan.

Ruangan komen hantaran itu itu menyaksikan netizen menzahirkan kesyukuran dan berharap pasangan selebriti itu selamat menunaikan ibadah umrah.

Pemilik akaun @zanalcyzy46 menulis; "Semoga Allah permudahkan segala urusan kamu di Tanah Suci."

Seorang lagi pengguna, @sida.omar menulis; "Semoga Allah permudahkan urusan Sabri dan Angeline @Ardini."

Sabri dan Ardini mengikat hubungan mereka pada 14 Oktober dalam satu majlis perkahwinan tertutup di Perlis.

Pasangan itu mula mengenali antara satu sama lain sejak 1990-an terutama dalam pembabitan mereka menerusi sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Disember 2023 @ 3:48 PM