Agensi

Mekah: Imam Besar Masjidil Haram, Dr Abdulrahman Al-Sudais menyertai pekerja pembersihan melakukan proses sanitasi di sekeliling Kaabah.

Arab News melaporkan, kerja pembersihan turut dilakukan di Makam Ibrahim, Hajar Aswad dan kain Kiswah Kaabah.

Sehingga kini, 18,811 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan di Arab Saudi dengan 144 kematian.

Bagaimanapun, perintah sekatan sudah dilonggarkan sedikit di seluruh Arab Saudi kecuali Mekah.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 April 2020 @ 11:25 PM