KEMAMAN, 2 Dis -- Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada Sekolah Kebangsaan Sungai Pergam membawa masuk peti undi pertama yang tiba di Pusat Penjumlahan Undi, Dewan Berlian Utama, Majlis Perbandaran Kemaman, setelah tamat waktu mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) P.040 Kemaman hari ini.

Dakwat Kekal dicelup pada hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman di Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok. FOTO GHAZALI KORI
Dakwat Kekal dicelup pada hari mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman di Sekolah Kebangsaan Bukit Mentok. FOTO GHAZALI KORI
Zatul Iffah ZolkiplyNoor Atiqah Sulaiman dan Rosli Ilham

Kuala Lumpur: Pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Kemaman yang bermula 8 pagi tadi, berakhir selepas 49 pusat mengundi dengan 244 saluran ditutup sepenuhnya 6 petang, hari ini.

PRK ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang mewakili PAS.

Ia diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 September lalu yang membatalkan kemenangan calon PAS, Che Alias Hamid pada Pilihan Raya Umum Ke-15.

Ikuti laporan secara langsung keputusan undian PRK Parlimen Kemaman

Calon PAS Parlimen Kemaman, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meraikan kemenangan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman di Arena Square, Chukai. FOTO GHAZALI KORI
Calon PAS Parlimen Kemaman, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar meraikan kemenangan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman di Arena Square, Chukai. FOTO GHAZALI KORI

Rasmi

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepati ramalan apabila memenangi kerusi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman.

Ahmad Samsuri yang memperoleh majoriti 37,220 menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Naib Presiden PAS itu mendapat 64,998 undi manakala Raja Mohamed Affandi mendapat 27,778 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Ahmad Farhan Abdul Wahab kira-kira jam 10.10 malam di Dewan Berlian Utama Majlis Perbandaran Kemaman.

10 malam

Calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

tiba di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman bersama penyokongnya.

Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tiba di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman bersama penyokongnya.
Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar tiba di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman bersama penyokongnya.

8.49 malam

Keputusan Tidak Rasmi:

Calon Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar setakat ini mendahului dengan majoriti sebanyak 37,129 undi.

Penyokong PAS berkumpul mendengar keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman di Arena Square, Chukai.  FOTO GHAZALI KORI
Penyokong PAS berkumpul mendengar keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman di Arena Square, Chukai. FOTO GHAZALI KORI

CHUKAI 02 DISEMBER 2023. penyokong PAS/Perikatan Nasional turut hadir berkumpul di di Dewan Terbuka Kemaman Arena Square. FOTO Ghazali Kori
CHUKAI 02 DISEMBER 2023. penyokong PAS/Perikatan Nasional turut hadir berkumpul di di Dewan Terbuka Kemaman Arena Square. FOTO Ghazali Kori

8.40 malam

Keputusan Tidak Rasmi:

Calon Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar setakat ini mendahalui dengan majoriti sebanyak 36,920 undi.

Keputusan Tidak Rasmi

Chukai: Kerusi Parlimen Kemaman hampir pasti menjadi milik PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

Setakat jam 8.30 malam, calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendahului dengan majoriti 33,820 undi

Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu mendapat 58,843 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor memperoleh 25,023 undi.

Ahmad Samsuri sudah melepasi majoriti 27,179 undi yang diperoleh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)

Kemenangan Ahmad Samsuri itu meranapkan impian BN untuk merampas kembali kerusi berkenaan yang pernah menjadi kubu kuat parti itu.

8.21 malam

Keputusan Tidak Rasmi:

Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendahului dengan majoriti sebanyak 33,820 undi.

Calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar mendahului dengan majoriti 31,712 undi

Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu mendapat 55,519 undi manakala calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor memperoleh 23,807 undi.

Ahmad Samsuri sudah melepasi majoriti 27,179 undi yang diperoleh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)

8.14 malam

Sebanyak 40 daripada 244 peti undi tiba di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.

Suasana di dalam pusat pengiraaan undi di Majlis Penbandaran Kemanan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.040 Kemaman. FOTO ROHANIS SHUKRI
Suasana di dalam pusat pengiraaan undi di Majlis Penbandaran Kemanan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen P.040 Kemaman. FOTO ROHANIS SHUKRI

8.14 malam

Keputusan Tidak Rasmi:

PN mendahalui dengan majoriti sebanyak 30,881 undi.

7.50 malam

Keputusan Tidak Rasmi:

PN masih mendahului dengan 29,550 undi berbanding BN 13,041 undi

7.40 malam

Keputusan Tidak Rasmi:

Calon PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (PAS) mendahului dengan majoriti 1,708 undi.

7.39 malam

Proses penjumlahan undi sedang dijalankan.

Perikatan Nasional (PN) akan berhimpun di Arena Square di Chukai manakala Barisan Nasional (BN) dijangka berhimpun di ibu pejabat UMNO bahagian Kemaman.

Pusat pengiraan rasmi terletak di Majlis Perbandaran Kemaman.

7.30 malam

Keputusan Tidak Rasmi:

Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (BN) mendahului di SK Sungai Pergam mendapat 471 undi dengan majoriti 93 undi

7.06 malam

Dua peti undi mula dibawa masuk ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman.

Paling awal tiba adalah peti undi dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pergam pada jam 6.18 petang diikuti SK Seri Iman (7.03 malam).

Dua peti undi mula dibawa masuk ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman. Paling awal tiba adalah peti undi dari Sekolah Kebangsaan (SK) Pergam pada jam 6.18 petang diikuti SK Seri Iman (7.03 malam). FOTO Noor Atiqah Sulaiman

Anggota Polis menutup pintu pagar menandakan berakhirnya mengundi pada jam 6 petang di Sekolah Kebangsaan Chukai. FOTO GHAZALI KORI
Anggota Polis menutup pintu pagar menandakan berakhirnya mengundi pada jam 6 petang di Sekolah Kebangsaan Chukai. FOTO GHAZALI KORI

6 petang:

Proses pengundian berakhir pada 6 petang, semua 49 pusat pengundian ditutup.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 2 Disember 2023 @ 6:05 PM