SUASANA pengundian di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Chemomoi. FOTO Eizairi Shamsudin
SUASANA pengundian di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Chemomoi. FOTO Eizairi Shamsudin
Wartawan Harian Metro


Kuala Lumpur: Pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Pelangai di Pahang yang bermula 8 pagi tadi, berakhir selepas sembilan pusat mengundi dengan 31 saluran ditutup sepenuhnya 6 petang, hari ini.

Jumlah keseluruhan pengundi di Dun itu ialah 16,456 orang, dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan 73 kertas undi pos termasuk kepada 36 anggota polis dan tiga Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

Sehingga 4 petang, SPR memaklumkan, peratus pemilih keluar mengundi ialah 69 peratus.

PRK Dun Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Amizar Abu Adam, calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli.

PRK Dun Pelangai diadakan susulan kekosongan luar jangka akibat pemergian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun pada 17 Ogos lalu.

Johari adalah antara 10 individu yang terkorban dalam nahas pesawat terhempas di Lebuhraya Guthrie berhampiran Bandar Elmina, Shah Alam.

Ikuti perkembangan terkini keputusan PRK Dun Pelangai;


PENGERUSI Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kejayaan BN mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pelangai sebagai petanda tidak ada 'gelombang hijau' di Pahang.


PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Pahang Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan berkata, kemenangan Barisan Nasional (BN) di Dun Pelangai adalah satu pengiktirafan rakyat semakin yakin dengan Perpaduan sebagai wadah terbaik untuk memajukan dan memakmurkan negara kita Malaysia.


"SAYA percaya bahawa isu-isu 3R tidak mendapat tumpuan di hati pengundi di Pelangai dan Pahang. Ini kerana saya percaya kita di Pahang ingin memberikan kesejahteraan kepada rakyat." - Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail


"KEPADA penduduk Pelangai, pilihan raya sudah habis. Insya-Allah saya akan menjalankan amanah dan lebih penting meneruskan legasi Allahyarham (Datuk Seri) Johari (Harun)." - Datuk Amizar Abu Adam

AMIZAR diisytiharkan sebagai pemenang PRK Dun Pelangai di Pusat Penjumlahan Undi Dewan Orang Ramai Felda Kemasul malam ini. FOTO Bernama
AMIZAR diisytiharkan sebagai pemenang PRK Dun Pelangai di Pusat Penjumlahan Undi Dewan Orang Ramai Felda Kemasul malam ini. FOTO Bernama


9.30 malam: [Rasmi] BN tak goyah di Pelangai

Datuk Amizar Abu Adam (BN) - 7,324
Kasim Samat (PN) - 4,275
Haslihelmy DM Zulhasli (Bebas) - 47

• Datuk Amizar Abu Adam menang majoriti 2,949 undi


9.05 malam: Penjumlahan rasmi undi PRK Dun Pelangai - SPR



8.08 malam: [Tidak Rasmi] BN menang dengan majoriti 2,949 undi selepas pengiraan undi keseluruhan 31 saluran

KEPUTUSAN PRK Dun Pelangai. FOTO Facebook Barisan Nasional
KEPUTUSAN PRK Dun Pelangai. FOTO Facebook Barisan Nasional


8 malam: [Tidak Rasmi] Datuk Amizar Abu Adam (BN) - 7,324
Kasim Samat (PN) - 4,375
Haslihelmy DM Zulhasli (Bebas) - 43

Majoriti: 2,906 undi


7.51 malam: [Tidak Rasmi] Datuk Amizar Abu Adam (BN) - 6,777
Kasim Samat (PN) - 3,897
Haslihelmy DM Zulhasli (Bebas) - 40

Majoriti: 2,840 undi



7.47 malam: [Tidak Rasmi] Datuk Amizar Abu Adam (BN) - 6,563
Kasim Samat (PN) - 3,747
Haslihelmy DM Zulhasli (Bebas) -37

Majoriti: 2,779 undi


7.37 malam: [Tidak Rasmi] Datuk Amizar Abu Adam (BN) - 3,787
Kasim Samat (PN) - 1,088
Haslihelmy DM Zulhasli (Bebas) - 21

Majoriti: 2,678 undi


7.23 malam: [Tidak Rasmi] Datuk Amizar Abu Adam (BN) - 2,207
Kasim Samat (PN) - 260
Haslihelmy DM Zulhasli (Bebas) - 17

Majoriti: 1,930 undi


7.20 malam: [Tidak Rasmi] Datuk Amizar Abu Adam (BN) - 878
Kasim Samat (PN) - 31
Haslihelmy DM Zulhasli (Bebas) - 6

Majoriti: 841 undi


7.04 malam: [Tidak Rasmi] Datuk Amizar Abu Adam (BN) - 581
Kasim Samat (PN) - 31
Haslihelmy DM Zulhasli (Bebas) - 6

Majoriti: 550 undi


6 petang: Sembilan pusat mengundi dengan 31 saluran ditutup



INFOGRAFIK calon bertanding PRK Dun Pelangai
INFOGRAFIK calon bertanding PRK Dun Pelangai


Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (2022)

Dun Pelangai

Datuk Seri Johari Harun (BN) - 7,308
Kasim Samat (PN) - 3,260
Ahmed Wafiuddin Shamsuri (PH) - 2,031
Isa Ahmad (Pejuang) - 65
• Datuk Seri Johari Harun menang majoriti 4,048 undi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 Oktober 2023 @ 6:12 PM