PETUGAS SPR bersiap sedia bagi memulakan proses pengiraan undi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya. FOTO Genes Gulitah
PETUGAS SPR bersiap sedia bagi memulakan proses pengiraan undi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya. FOTO Genes Gulitah
Wartawan HM


4.35 pagi: RASMI Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh mengumumkan setakat 4.30 pagi ini, Pakatan Harapan memperoleh (76 kerusi), Perikatan Nasional (51 kerusi), Barisan Nasional (30 kerusi), Pas (22 kerusi), Gabungan Parti Sarawak (22 kerusi), Gabungan Rakyat Sabah (enam kerusi), DAP (lima kerusi), Warisan (tiga kerusi), Bebas (dua kerusi), Muda (satu kerusi) dan Parti Bangsa Malaysia  (satu kerusi).

12.30 tengah malam: RASMI PH menang di 49 kerusi, PN menang di 28 kerusi, BN (23 kerusi), Pas (22 kerusi), GPS (22 kerusi), GRS (6 kerusi), DAP (5 kerusi), Warisan (2 kerusi), manakala Muda, PBM dan Bebas masing-masing satu kerusi.

11.30 malam: RASMI Parlimen Ketereh dimenangi Mej Jen Dato Khlir dari PAS dengan majoriti 23,107

• Parlimen Pasir Mas dimenangi Ustaz Fadhli Shaari dari PAS dengan majoriti, 30,717

• Parlimen Marang dimenangi Tan Sri Abdul Hadi Awang dari PAS dengan majoriti 41,729

• Parlimen Kuala Selangor dimenangi Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dari PH dengan majoriti 1,002

• Parlimen Santubong dimenangi Nancy Shukri dari GPS dengan majoriti 38,681

• Parlimen Bagan dimenangi Lim Guan Eng dari DAP dengan majoriti 49,548

• Parlimen Jelutong dimenangi SN Rayer dari PH dengan majoriti 38,604

• Parlimen Petra Jaya dimenangi Fadillah Yusof dari GPS dengan majoriti 41,363

• Parlimen P179 Ranau dimenangi Jonathan Yasin dari GRS dengan majoriti 11,092

• Parlimen P036 Kuala Terengganu dimenangi Datuk Amzad Hashim dari PAS dengan majoriti 40,907

11.15 malam: RASMI Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli menang di Parlimen Pandan dengan meraih sebanyak 74,002 undi dengan majoriti 48,296 undi sekali gus membolehkannya kembali berkhidmat kawasan itu.

10.55 malam: RASMI • Parlimen Masjid Tanah dimenangi Datuk Mas Ermieyati dari PN dengan majoriti 4,411

• Parlimen Kimanis dimenangi Mohamad Alamin dari BN dengan majoriti 3,037

• Parlimen Tampin dimenangi Mohd Isam Mohd Isa dari BN dengan majoriti 1,276

• Parlimen Bandar Kuching dimenangi Kelvin Yii Lee Yuen dari DAP dengan majoriti 28,891

• Parlimen Muar dimenangi Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dari MUDA dengan majoriti 1,345


10.55 malam: RASMI Parlimen Tanjong Karang dimenangi Kapt (B) Datuk Dr Zulkafperi dari PN dengan majoriti 2,180


10.50 malam: RASMI Parlimen Pagoh dimenangi Tan Sri Muhyiddin Yassin dari PN dengan majoriti 10,007


10.46 malam: TIDAK RASMI Pas mencipta rekod apabila menang di Parlimen Ketereh dengan memperoleh majoriti 23,107 undi menerusi calon Pas yang diwakili Datuk Mejar Jeneral (B) Khlir Mohd Nor memperoleh 40,542 undi.


10.20 malam: TIDAK RASMI Calon PH Sungai Buloh Datuk R Ramanan mendahului 18,484 undi meninggalkan Khairy Jamaluddin dari BN dengan 11,977 undi.


10.15 malam: RASMI GPS memang di 11 kerusi, BN dan PH masing-masing menang di empat kerusi, PN dan DAP masing-masing menang dua kerusi, manakala PBM menang satu kerusi.


10.26 malam: TIDAK RASMI Calon PH Parlimen Tambun, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendahului dengan 8,254 undi


10.24 malam: RASMI Parlimen Simpang Renggam dimenangi Datuk Hasni Mohammad dari BN dengan majoriti 1,821


10.20 malam: RASMI Parlimen Kota Samarahan dimenangi Rubiah Wang dari GPS dengan majoriti 29,445


10.18 malam: RASMIRASMI: Parlimen P141 Sekijang dimenangi Dr Zaliha Mustafa dari PH dengan majoriti 1,734


10.15 malam: RASMI GPS memang di lapan kerusi, BN menang di tiga, manakala PH dan PN masing-masing menang satu kerusi.


10.10 malam: TIDAK RASMI PN secara tidak rasminya sudah melepasi majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri di Perlis selepas mendahului 10 kerusi DUN setakat ini.


10 malam: TIDAK RASMI Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mendahului 43,568 undi di Parlimen Pandan dengan majoriti 31,540 undi.


10 malam: RASMI Parlimen Beaufort dimenangi Datuk Siti Aminah Aching dari BN dengan majoriti 2,518, manakala Parlimen Saratok dimenangi Datuk Ali Biju dari PN dengan majoriti 8,826


9.55 malam: TIDAK RASMI Calon PH Khalid Abd Samad mendahului dengan 4,434 undi di Parlimen Titiwangsa.


9.50 malam: TIDAK RASMIPH mendahului dengan 55 kerusi, diikuti GPS mendahului di 21 kerusi, PN mendahului di 38 kerusi, BN di 21 kerusi, GRS dan Bebas masing-masing di tiga kerusi, manakala Warisan dan PSB masing-masing satu kerusi.


9.40 malam: RASMI Parlimen Betong dimenangi Dr Richard Rapu dari GPS dengan majoriti 11,302


9.37 malam : TIDAK RASMI Calon PH penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mendahului dengan majoriti 12,376.


9.36 malam: RASMI - Calon BN, Datuk Seri Azalina Othman Said menang dengan majoriti 5,010 undi di Parlimen Pengerang.


9.35 malam: RASMI Parlimen Lawas dimenangi Henry Sum Agong dari GPS dengan majoriti 5,677, manakala Parlimen Batang Sadong dimenangi Rodiyah Sapiee dari GPS dengan majoriti 14,893 menewaskan calon PH, Cikgu Lahaji.


9.25 malam: RASMI Parlimen Mukah dimenangi Datuk Hanifah Hajar Taib dari GPS dengan majoriti 15,686


9.20 malam: TIDAK RASMI Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang mewakili BN kekal mendahului di Parlimen Ayer Hitam dengan 17,172 undi. Calon PH mengikut rapat dengan 15,575 undi.


9.05 malam: TIDAK RASMI Calon PN Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendahului dengan 3,496 undi, disusuli Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH) 2,642 undi dan Datuk Aminuddin Md Hanafiah (BN) 2,036 undi,  dan Abdul Rahim Tahir (Pejuang) 59 undi.


9.18 malam: TIDAK RASMI Calon BN Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin mendahului dengan 2,507 undi diikuti Datuk R Ramanan (PH) 1,478 undi, Mohd Ghazali Md Hamin (PN) 1,460 undi, Mohd Akmal Mohd Yusof (Pejuang) 33 undi, Ahmad Jufliz Faiza (PRM) 13 undi, Syed Abdul Razak Syed Long Al-Sagoff (Bebas) lima undi dan Nurhaslinda Basri (Bebas) tiga undi.


9.17 malam: TIDAK RASMI Rafizi mendahului di Parlimen Pandan dengan majoriti 11,608.


9 malam: TIDAK RASMI Calon PN, Datuk Seri Shahidan Kassim mendahului di kerusi Parlimen Arau dengan 2,600 undi.


8.55 malam: TIDAK RASMI PH mendahului dengan 51 kerusi, diikuti PN mendahului di 27 kerusi, GPS di 22 kerusi, BN di 19 kerusi, GRS dan Bebas di dua kerusi, manakala Warisan dan PSB masing-masing satu kerusi.


8.50 malam: RASMI Parlimen Igan dimenangi Ahmad Johnie Zawawi dari GPS dengan majoriti 14,662 mengalahkan calon PH.


8.45 malam: TIDAK RASMI Calon PH yang juga Presiden Amanah, Mohamad Sabu mendahului di Parlimen Kota Raja dengan 2,820 undi.


8.40 malam: TIDAK RASMI Calon PN Bakri Jamaluddin, mendahului Tangga Batu dengan majoriti 2,796 undi.


8.38 malam: TIDAK RASMI Calon PH Khoo Poay Tiong, Parlimen Kota Melaka mendahului dengan 560 undi.


8.37 malam: TIDAK RASMI Calon PH Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mendahului dengan 2,303 undi.


8.36 malam: TIDAK RASMI Calon BN Parlimen Shah Alam mendahului dengan 1,602 undi.


8.35 malam: TIDAK RASMI Calon BN, Datuk Seri Mohammad Hasan mendahului di Parlimen Rembau.


8.34 malam: TIDAK RASMI Calon BN Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendahului di Parlimen Bera.


8.33 malam : TIDAK RASMI Calon PH Datuk Madius Tangau mendahului lima calon lain di Parlimen Tuaran.


8.31 malam: Tidak Rasmi Calon PH Yeo Bee Yin mendahului dengan 12,560 undi di Puchong.

8.30 Malam: TIDAK RASMI - Calon PH Parlimen Pandan, Rafizi Ramli memperoleh 3,537 undian mendahului empat pencabarnya dari PN, BN, Warisan dan Pejuang dengan 2,410 undi.


8.29 malam: TIDAK RASMI, Calon PH penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mendahului dengan majoriti 5,757


8.28 malam: TIDAK RASMI Tun Dr Mahathir Mohamad yang mewakili GTA bagi Parlimen Langkawi ketinggalan sebanyak 784 undi di belakang calon PN, Datuk Mohd Suhaimi Abdullah.


8.27 malam: TIDAK RASMI Calon PH Anthony Loke mendahului 10377 votes in Seremban


8.25 malam: TIDAK RASMI Calon Pas Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Alias Razak mendahului 1,356 undi.


8.24 malam - TIDAK RASMI Calon PH Parlimen Bukit Bendera, Syarleena Abdul Rashid mendahului dengan 390 undi.


8.23 TIDAK RASMI - Calon BN, Datuk Roslan Ahmad sedang mendahului di Parlimen.


8.22 malam: TIDAK RASMI - Calon PH, Akmal Nasrullah Mohd Nasir mendahului di Parlimen Johor Bahru meninggalkan calon BN, PN dan Pejuang selepas menerima 9,570 undi.


8.20 malam: TIDAK RASMI PH mendahului dengan 47 kerusi, diikuti GPS mendahului di 21 kerusi, BN di 14 kerusi, PN mendahului di 14 kerusi, GRS di dua kerusi, manakala Warisan, PSB dan Bebas masing-masing satu kerusi.


8.16 petang: TIDAK RASMI Calon PH, Rodziah Ismail mendahului lapan calon lain di Parlimen Ampang dengan 171 undian, diikuti BN dengan 77 undian, PN (70), PB (21), GTA (8) dan Warisan (2).


8.15 malam: TIDAK RASMI - Calon PH di Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin mendahului lima pencabarnya yang lain dengan 441 undi.


8.14 malam: TIDAK RASMI Calon Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendahului dengan 7,667 undi di Parlimen Muar.


8.11 malam: TIDAK RASMI Calon PN Parlimen Permatang Pauh Fawwaz Md Jan mendahului dengan 871 undi


8.10 malam : TIDAK RASMI - Calon PH Datuk Madius Tangau mendahului lima calon lain di Parlimen Tuaran dengan 4,094 undi, bersaing sengit dengan calon GRS Datuk Joniston Bangkuai sebanyak 3,232 undi.


7.55 malam: TIDAK RASMI PH mendahului dengan 40 kerusi, GPS mendahului di 24 kerusi, BN di 13 kerusi, dan PN mendahului di 12 kerusi.


7.39 malam: TIDAK RASMI Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Ramli Mohd Nor mendahului dua pencabar di Parlimen Cameron Highlands dengan 402 undi.


7.35 malam - TIDAK RASMI Calon BN, Datuk Adnan Abu Hassan mendahului empat calon lain di Parlimen Kuala Pilah dengan 583 undi menerusi peti undi awal.


7.33 malam - TIDAK RASMI Calon PH Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo mendahului dengan 553 undi.


7.31 malam: TIDAK RASMI Penyandang kerusi Parlimen Jelutong dari Pakatan Harapan (PH), RSN Rayer mendahului lima pencabarnya yang lain dengan 307 undi.


7.30 petang: TIDAK RASMI GPS mendahului di 24 kerusi, PH dengan 22 kerusi, BN di 13 kerusi, dan PN mendahului di 12 kerusi.


7.15 malam: TIDAK RASMI Calon PN datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendahului di Parlimen Tambun dengan 984 undi diikuti Calon BN Aminuddin Md Hanafiah (353 undi), Calon PH Datuk Seri Anwar Ibrahim (118 undi) dan Calon GTA Abdul Rahim Tahir (7 undi).


7.12 malam: TIDAK RASMI Pengerusi DAP Lim Guan Eng mendahului di Parlimen Bagan dengan 390 undi.


7 malam: TIDAK RASMI Calon PN Sasha Lyna Abdul Latif sedang mendahului pencabar lain di Parlimen Ampang.


6.59 Petang: TIDAK RASMI - Calon PN Datuk Kamarudin Jaffar mendahului di Parlimen Bandar Tun Razak.


6.55 Petang: TIDAK RASMI Calon PN Datuk Mohd Suhaimi Abdullah mendahului di Parlimen Langkawi.


6.50 petang: TIDAK RASMI GPS mendahului di 14 kerusi, BN dengan 12 kerusi, PH di 11 kerusi dan PN kekal mendahului di 6 kerusi.


6.49 petang: TIDAK RASMI GPS mendahului di Sri Aman.


6.38 petang: TIDAK RASMI BN mendahului 12 kerusi, diikuti GPS di 11 kerusi, PH dengan 8 kerusi, manakala PN di 6 kerusi.


6.33 petang: TIDAK RASMI GRS mendahului di Ranau


6.30 petang: TIDAK RASMI GPS mendahului di Betong.

dan di Saratok.


6.27 petang: TIDAK RASMI BN mendahului 11 kerusi, diikuti PH dengan 6 kerusi, manakala PN di 5 kerusi.


6.19 petang: TIDAK RASMI PBM mendahului di Julau.


6.17 petang: TIDAK RASMI GPS mendahului di Serian dan Puncak Borneo.


6.15 petang: TIDAK RASMI PN mendahului di Beluran.


6 petang: Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang bermula 8 pagi tadi, berakhir selepas semua pusat mengundi ditutup sepenuhnya, hari ini.

Pengundian bermula 8 pagi hingga 6 petang manakala di Sabah dan Sarawak pengundian bermula 7.30 pagi hingga 5.30 petang.

Pada PRU-15 ini, seramai 939 calon merebut 221 kerusi Parlimen, manakala 434 calon bertanding bagi 117 Dewan Undangan Negeri (Dun) di Pahang, Perak dan Perlis.

Turut diadakan serentak hari ini adalah pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Bugaya, Sabah, yang ditangguh berikutan proklamasi darurat bagi mencegah penularan Covid-19.

Proses pengundian PRU-15 membabitkan 21,173,638 pemilih bagi kerusi Parlimen, sementara 3,369,743 pemilih bagi kerusi Dun.

Sehingga 4 petang, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan kira-kira 70 peratus pemilih telah keluar mengundi.


Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 19 November 2022 @ 6:00 PM