(DARI kiri) Nur Sheela Nyanasegaran, 34, Nur Diyana Afiqah Zakaria, 28, dan Tey Sin Ler, 20, menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada PRK Dun Simpang Jeram di Sekolah Kebangsaan Simpang Jeram hari ini. FOTO Bernama
(DARI kiri) Nur Sheela Nyanasegaran, 34, Nur Diyana Afiqah Zakaria, 28, dan Tey Sin Ler, 20, menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi pada PRK Dun Simpang Jeram di Sekolah Kebangsaan Simpang Jeram hari ini. FOTO Bernama
Wartawan Harian Metro


Kuala Lumpur: Pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (Dun) Simpang yang bermula 8 pagi tadi, berakhir selepas 61 pusat mengundi membabitkan 362 saluran ditutup sepenuhnya 6 petang, hari ini.

Kedua-dua PRK Parlimen Pulai dan Dun Simpang Jeram menyaksikan saingan tiga penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN) dan calon bebas.

Bagi Parlimen Pulai, calon PH Suhaizan Kayat akan bertemu Zulkifli Jaafar (PN) dan calon bebas Samsudin Mohamad Fauzi, manakala di Simpang Jeram, Nazri Abdul Rahman (PH) akan bertemu pakar bedah Dr Mohd Mazri Yahya (PN) dan calon bebas S Jeganathan.

PRK kedua-dua kerusi itu diadakan susulan kekosongan luar jangka akibat pemergian penyandangnya Datuk Seri Salahuddin Ayub pada 23 Julai lepas.

Seramai 205,810 pengundi berdaftar akan memilih wakil rakyat mereka pada PRK Parlimen Pulai dan Dun Simpang Jeram, hari ini.

Sehingga 4 petang, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, peratus pemilih keluar mengundi bagi Parlimen Pulai ialah 42 peratus dan 56 peratus untuk Dun Simpang Jeram.


Ikuti laporan secara langsung keputusan undian PRK Parlimen Pulai dan Dun Sempang Jeram

Keputusan PRK Parlimen Pulai



Keputusan PRK Dun Simpang Jeram



10.20 malam: Keputusan rasmi PH pertahan Parlimen Pulai

Suhaizan Kayat (PH) - 48,283
Zulkifli Jaafar (PN) - 29,642
Samsudin Mohamad Fauzi (Bebas) - 528

Majoriti: 18,641 undi

Jumlah peti undi diterima: 298 daripada 298

SUHAIZAN meraikan kemenangan bersama penyokong di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim. FOTO Nur Aisyah Mazalan
SUHAIZAN meraikan kemenangan bersama penyokong di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim. FOTO Nur Aisyah Mazalan


9.20 malam: Keputusan tidak rasmi PH menang PRK Parlimen Pulai

Suhaizan Kayat (PH) - 36,703
Zulkifli Jaafar (PN) - 24,035
Samsudin Mohamad Fauzi (Bebas) - 408

Majoriti: 12,668 undi

Jumlah peti undi diterima: 228 daripada 298


[Rasmi]: Jurutera tewaskan doktor, Simpang Jeram milik PH

NAZRI (dua kiri) diumumkan memenangi PRK Dun Simpang Jeram di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar. FOTO Hairul Anuar Rahim
NAZRI (dua kiri) diumumkan memenangi PRK Dun Simpang Jeram di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar. FOTO Hairul Anuar Rahim


9.10 malam: Keputusan tidak rasmi keseluruhan 69 peti undi bagi PRK Dun Simpang Jeram

Ir Nazri Abdul Rahman (PH) - 26,129
Dr Mohd Mazri Yahya (PN) - 17,737
S Jeghanaathan (Bebas) - 311

Jumlah peti undi diterima 178 daripada 298


9 malam: Keputusan tidak rasmi keseluruhan 69 peti undi bagi PRK Dun Simpang Jeram

Ir Nazri Abdul Rahman (PH) - 13,844
Dr Mohd Mazri Yahya (PN) - 10,330
S Jeghanaathan (Bebas) - 311

Majoriti: 3,514 undi

Jumlah peti undi diterima 69 daripada 69


8.45 malam: Keputusan tidak rasmi Parlimen Pulai

Suhaizan Kayat (PH) - 18,331
Zulkifli Jaafar (PN) - 11,028
Samsudin Mohamad Fauzi (Bebas) - 201

Jumlah peti undi diterima: 126 daripada 298


[Tak Rasmi] Pakatan Harapan menang Dun Simpang Jeram

KEPUTUSAN tidak rasmi Dun Parlimen Simpang Jeram
KEPUTUSAN tidak rasmi Dun Parlimen Simpang Jeram


8.35 malam: Keputusan tidak rasmi Parlimen Pulai

Suhaizan Kayat (PH) - 14,482
Zulkifli Jaafar (PN) - 8,119
Samsudin Mohamad Fauzi (Bebas) - 157

Jumlah peti undi diterima: 100 daripada 298

8.20 malam: Keputusan tidak rasmi Parlimen Pulai

Suhaizan Kayat (PH) - 11,485
Zulkifli Jaafar (PN) - 6,396
Samsudin Mohamad Fauzi (Bebas) - 120

Jumlah peti undi diterima: 82 daripada 298


8.15 malam: Keputusan tidak rasmi Parlimen Pulai

Suhaizan Kayat (PH) - 7,485
Zulkifli Jaafar (PN) - 4,161
Samsudin Mohamad Fauzi (Bebas) - 67

Jumlah peti undi diterima: 54 daripada 298


8.10 malam: Keputusan tidak rasmi PH menang di Dun Simpang Jeram

Ir Nazri Abdul Rahman (PH) - 13,600
Dr Mohd Mazri Yahya (PN) - 10,260
S Jeghanaathan (Bebas) - 309

Majoriti: 3,340 undi

Kiraan 67 daripada 69 peti undi keseluruhan


8 malam: Keputusan tidak rasmi Parlimen Pulai

Suhaizan Kayat (PH) - 4,053
Zulkifli Jaafar (PN) - 2,937
Samsudin Mohamad Fauzi (Bebas) - 46

Jumlah peti undi diterima: 35 daripada 298


7.52 malam: Keputusan tidak rasmi Dun Simpang Jeram

Dr Mazri Yahya (PN) - 640
Nazri Abdul Rahman (PH) - 454
S Jeganathan (Bebas) - 2

Jumlah peti undi diterima: 4 daripada 69

7.40 malam: Keputusan tidak rasmi Parlimen Pulai

Suhaizan Kayat (PH) - 1,480
Zulkifli Jaafar (PN) - 1,140
Samsudin Mohamad Fauzi (Bebas) - 15

Jumlah peti undi diterima: 13 daripada 298


7.20 malam: Keputusan tidak rasmi Parlimen Pulai

Zulkifli Jaafar (PN) - 531
Suhaizan Kayat (PH) - 607
Samsudin Mohamad Fauzi (Bebas) - 3

Jumlah peti undi diterima: 6 daripada 298


7.10 malam: Keputusan tidak rasmi Parlimen Pulai

Zulkifli Jaafar (PN) - 495
Suhaizan Kayat (PH) - 478
Samsudin Mohamad Fauzi (Bebas) - 3

Jumlah peti undi diterima: 4 daripada 298


6.52 petang: Keputusan tidak rasmi Dun Simpang Jeram

Dr Mazri Yahya (PN) - 36
Nazri Abdul Rahman (PH) - 25
S Jeganathan (Bebas) - 0


6.15 petang: Peti undi bagi PRK Parlimen Pulai mula tiba di pusat penjumlahan rasmi undi.

Petugas SPR dilihat mula membawa peti undi pos dan undi awal ke Dewan Jublin Intan Sultan Ibrahim.

PETUGAS SPR membawa peti undi pos ke Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru.  FOTO Bernama
PETUGAS SPR membawa peti undi pos ke Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru. FOTO Bernama


6 petang: Pusat pengundian ditutup, pengiraan undi bermula


Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (2022)

Parlimen Pulai

Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH) - 64,900
Datuk Nur Jazlan Mohamed (BN) - 31,726
Loh Kah Yong (PN) - 20,677
• Datuk Seri Salahuddin Ayub menang majoriti 33,174 undi

Dun Simpang Jeram

Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH) - 8,749
Datuk Lokman Md Don (BN) - 6,062
Ustaz Zarul Salleh (PN) - 6,350
Mahaizal Mahmor (Pejuang) - 208
• Datuk Seri Salahuddin Ayub menang majoriti 2,399 undi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 September 2023 @ 6:00 PM