FEDI berterima kasih dengan sokongan peminat kepadanya.
FEDI berterima kasih dengan sokongan peminat kepadanya.
Norhayati Nordin


KALI pertama bertemu pelakon, Fedi Nuril, 41, di Jakarta pada 2006. Ketika itu dia baru membintangi filem keempatnya berjudul Garasi.

Ternyata sudah 17 tahun berlalu dan kini bapa dua anak itu berjaya membawa bakat seni dan namanya ke tahap tinggi.

Baru-baru ini, bertemu semula dengan Fedi ketika dia hadir pada sesi tayangan perdana filem Air Mata di Ujung Sajadah di pusat beli-belah di Bukit Jalil, Kuala Lumpur jelas menunjukkan betapa penonton di Malaysia sangat meminatinya.

Ditambah, sesi ramah mesra Fedi bersama peminat terpilih sangat lancar dan masing-masing gembira mendapat layanan baik pelakon terkenal Indonesia itu.

Begitu juga, beberapa pelakon lain yang turut hadir seperti Titi Kamal, Citra Kirana, Jenny Rachman, Faqih Alaydrus dan Krisjiana Baharudin cukup memberikan kerjasama baik.

Fedi berkata, dia sebaik mungkin menyantuni peminatnya kerana mereka sentiasa ada di belakang menyokong karier lakonannya selama ini, sekali gus membawa nama dan bakatnya hingga ke tahap sekarang.

"Terima kasih terus menyokong saya dan jujur diakui saya sentiasa rindukan peluang datang kembali ke Malaysia dan Alhamdulillah dapat ke sini dengan hadirnya filem Air Mata di Ujung Sajadah ini.

"Saya yakin filem ini cukup dekat dengan kita semua kerana situasinya yang berlaku dalam masyarakat bukan

BERSYUKUR diberi peluang kembali ke Malaysia untuk promosi filem baharu Air Mata di Ujung Sajadah.
BERSYUKUR diberi peluang kembali ke Malaysia untuk promosi filem baharu Air Mata di Ujung Sajadah.

saja di Indonesia, tapi pastinya di Malaysia juga. Ia kisah kekeluargaan membabitkan kasih sayang ibu bapa dan anak.

"Diharap kalian memperoleh mesej ingin disampaikan, terutama elemen kasih sayang yang sudah tentu mudah dirasai bagi mereka yang berkeluarga. Jalan cerita dalam Air Mata di Ujung Sajadah ini untuk saya amat sedih," katanya.

Menurut bintang filem Surga Yang Tak Dirindukan dan Ayat-Ayat Cinta 2 ini, dia faham banyak watak lakonannya lebih kepada mencerminkan lelaki dan suami penyayang yang mengutamakan kebahagiaan keluarga.

"Bagi penonton dan peminat yang terbiasa menonton lakonan saya pasti berasa watak suami dan bapa ini begitu sinonim dengan saya. Tapi, percayalah masih ada kelainan dibawa pada watak itu mengikut jalan ceritanya.

"Sebagaimana filem Air Mata di Ujung Sajadah ini, apakah akan berlakunya poligami kerana membabitkan perebutan kasih sayang antara keluarga angkat dan ibu kandung terhadap seorang anak. Ia perlu ditonton untuk tahu kesudahannya," katanya.

Berbicara kerjasama dengan Citra sebagai Yumna dan Titi untuk watak Aqilla, Fedi berkata, dia bersyukur disatukan dengan dua pelakon wanita hebat yang mudah membentuk 'chemistry' dalam lakonan.

FEDI Nuril melakonkan watak Arif dalam Air Mata di Ujung Sajadah.
FEDI Nuril melakonkan watak Arif dalam Air Mata di Ujung Sajadah.

"Saya suka bekerja dengan Citra dan Titi kerana kami saling bekerjasama dengan baik serta berbincang. Terutama, membabitkan babak yang perlu bermain emosi dan ia cukup kami rasakan.

"Sesiapa saja akan cepat merasai kesedihan apabila membabitkan anak dan kasih sayang. Jadi, jika kalian merasai itu, saya ingatkan agar membawa tisu atau sapu tangan untuk mengesat air mata," katanya.

Air Mata di Ujung Sajadah yang sudah menemui penonton di Indonesia pada 7 September lalu cukup menarik perhatian ramai dan kini tayangannya dibawa ke Malaysia sejak 12 Oktober lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 Oktober 2023 @ 6:20 AM