DATUK Amizar mengangkat sumpah jawatan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-15 di Wisma Sri Pahang hari ini. FOTO Bernama
DATUK Amizar mengangkat sumpah jawatan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Kedua Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang ke-15 di Wisma Sri Pahang hari ini. FOTO Bernama
Asrol Awang


Kuantan: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelangai Datuk Amizar Abu Adam mengangkat sumpah jawatan pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang di Wisma Sri pahang di sini, hari ini.

Amizar, 50, mengangkat sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua DUN Pahang Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin.

Amizar yang mewakili Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pelangai pada 7 Oktober lalu, berikutan kematian penyandangnya Datuk Seri Johari Harun.

Kerusi DUN Pelangai kosong berikutan kematian Johari yang terbabit dalam nahas pesawat yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu.

Pada PRK DUN Pelangai itu, Amizar menang dengan majoriti 2,949 undi selepas memperoleh 7,324 undi untuk menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi serta calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli yang hanya meraih 47 undi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 4 Disember 2023 @ 10:38 AM