KEADAAN di lokasi kemalangan membabitkan dua kenderaan menyebabkan tiga lelaki maut. FOTO Ihsan Polis.
KEADAAN di lokasi kemalangan membabitkan dua kenderaan menyebabkan tiga lelaki maut. FOTO Ihsan Polis.
Togi Marzuki


Pontian: Tiga lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer (KM) 5.7 Jalan Parit Semerah-Parit Kudus, berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Kudus, di sini, hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku pada 5.20 petang.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, ketiga-tiga mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, setakat ini polis belum dapat mengesahkan identiti ketiga-tiga mangsa itu.

"Siasatan sedang lanjut sedang dilakukan," katanya ketika dihubungi.

Berita lanjut menyusul

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Mac 2023 @ 6:54 PM