Sudirman Mohd Tahir


TANGGAL 3 September depan, pelakon dan pengacara terkenal Mira Filzah bakal meraikan ulang tahun perkahwinan kedua bersama suami tercinta, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar.

Malah, apa yang lebih mengujakan pasangan ini juga apabila mereka bakal bergelar ibu bapa yang mana Mira dijangka bersalin anak sulung, pada awal bulan depan.

Pastinya, sambutan Ramadan kali ini serta 1 Syawal yang diraikan nanti memberi makna tersendiri buat Mira dan suaminya. Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan perasaan mereka selain rasa penuh kesyukuran.

Bagi Mira, 29, atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman berkata, sepanjang Ramadan ini dia lebih bersedia dari segi mental dan fizikal memandangkan usia kandungan mencecah lebih lapan bulan.

"Untuk Ramadan dan Syawal ini tiada persediaan pun sebenarnya. Cuma, untuk bulan puasa ini ada juga buat, sebab sekarang kandungan pun dah lapan bulan lebih. Jadi, saya kena bersedia fizikal dan mental untuk cuba juga berpuasa.

"Saya ada juga tanya kawan-kawan dan 'followers', siapa yang pernah mengandung dalam bulan puasa dan apa pengalaman mereka. Doktor beritahu kesihatan saya baik, jadi boleh cuba berpuasa, tapi kalau tak larat sangat jangan paksa. Saya berharap dapat rezeki untuk berpuasa penuh.

"Kalau ikutkan yang betul-betul 40 minggu itu pada awal Mei depan. Tapi, pertengahan April ini saya sudah cukup 'full term'

MIRA cuba berpuasa penuh sepanjang Ramadan ini.
MIRA cuba berpuasa penuh sepanjang Ramadan ini.

maksudnya sudah boleh bersalin bila-bila masa, tetapi bergantung pada orang. Ada orang rezeki anak keluar awal, ada orang rezeki keluar bila dah hujung-hujung. Jadi, saya pun tak tahu kondisi macam mana sama ada cepat atau lambat. Kalau rezeki cepat mungkin pada Ramadan ini juga, tapi kalau rezeki lambat mungkin pada hari raya," katanya.

Berkongsi pengalaman kehamilan sulungnya, menurut Mira yang popular menerusi drama Lelaki Kiriman Tuhan dan Pujaan Hati Kanda, dia sudah mula mengalami kaki bengkak, sakit pinggang dan perkara normal yang dilalui ibu mengandung.

"Pengalaman hamil anak sulung ini sangat okey.

'Pregnancy journey' Mira sepanjang trimester pertama sampai sekarang okey. Simptom saya pun macam biasa ibu mengandung. Sudah masuk trimester ketiga ini macam biasa kaki bengkak, sakit pinggang dan perkara normal saja. Saya tak ada rasa apa yang luar biasa pun. Tapi, semuanya okey dan tak teruk sangat.

"Saya pun tak ada mengidam benda yang pelik. Semua apa yang saya nak makan ada dalam Grab. Saya kalau tak dapat hari ini boleh tunggu esok juga. Setakat ini, alhamdulillah okey saja dan semua senang dapat. Sekarang ini saya dalam fasa suka makanan manis. Kalau dulu sebelum kahwin atau ketika penggambaran kalau boleh kita elak makanan manis, tapi sekarang ini semua makanan manis nak makan," katanya.

Ditanya mengenai jantina anak yang bakal dilahirkan tidak lama lagi, Mira juga bekas pengacara program Nona berkata, dia akan berkongsi perkara itu selepas bersalin nanti.

"Dari segi jantina, saya dan suami tak kisah sebab kedua-dua belah keluarga tak ramai anak saudara pun hanya seorang. Jadi, pilihan nak anak lelaki atau perempuan itu, tak kisah pun. Sebab tujuannya adalah nak ramaikan lagi anak saudara, cucu mak biar lagi meriah keluarga ini.

"Jadi, saya tak ada apa-apa pilihan, serah saja pada Allah. Dari segi jantina, nama dan muka kita akan kongsikan selepas bersalin.

"Cuma, saya dan suami tak ada berbincang lagi soal keadaan selepas bersalin. Kami tak bincang lagi bila nak 'reveal' atau apa-apa. Buat masa sekarang kami ikut 'flow' saja. Dari segi wajah anak itu saya pun tak tahu nak cakap macam mana dan kena bincang dengan suami juga," katanya.

MIRA dijangka bersalin awal Mei depan.
MIRA dijangka bersalin awal Mei depan.

Berehat di bulan puasa

Dalam pada sarat mengandung, Mira juga perlu melunaskan beberapa komitmen kerja sebelum bercuti sepenuhnya pada minggu kedua Ramadan ini hingga bersalin.

"Aktiviti seni dari segi lakonan, saya memang tak berlakon sebab semua orang tahu kalau berlakon itu lama. Tapi, dari segi komitmen kerja lain saya masih bekerja. Jadual saya pada Februari dan Mac lalu sangat padat sebab selepas itu akan bercuti pada bulan puasa dan raya.

"Banyak komitmen saya sebagai duta kena 'push forward' pada bulan lalu. Sehingga sekarang saya masih 'shooting' dan sudah selesai untuk kempen raya Ariani dan kempen raya Uniqlo pun ada lagi pada 5 April (hari ini). Selepas itu, untuk Coway, iklan dan sebagainya. Jadi, banyak juga sebenarnya dan setiap minggu mesti ada 'shooting'.

MIRA banyak bersedia dari segi mental dan fizikal sepanjang Ramadan ini.
MIRA banyak bersedia dari segi mental dan fizikal sepanjang Ramadan ini.

"Saya belum lagi fasa berehat, tapi minggu kedua bulan puasa sudah tak ada komitmen dan kalau ada pun sekadar 'live stream' dan tak perlu keluar," katanya.

Dalam masa sama, Mira juga bersyukur apabila masih kekal menjadi duta dan wajah Ariani.

"Alhamdulillah, tahun ini saya sekali lagi menjadi duta dan wajah Ariani. Dari segi kempen Syawal, saya banyak habiskan komitmen sesi fotografi dan penggambaran video pada bulan lalu. Sebab risau juga bulan ini saya dah sarat sangat.

"Saya kena selesaikan juga dan kini berbaki beberapa lagi komitmen untuk Ariani. Selebihnya memang sudah dilunaskan dan Ariani juga memang 'all out' untuk raya kali ini. Saya harap bukan Ariani saja, tapi jenama tempatan yang lain pun dapat

'recover' balik akibat Covid-19. Saya harap juga ekonomi akan
berjalan semula seperti biasa dan lebih baik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 April 2022 @ 6:00 AM