Mohd Nasaruddin Parzi dan Ahmad Suhael Adnan


Melaka: Barisan Nasional (BN) menang di kerusi DUN Tanjung Bidara selepas calonnya, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menang mengatasi calon PN, Datuk Mas Ermieyati Samsuddin.

Rauf menang selepas memperoleh 3,559 undi mengatasi calon pencabar terdekat dari PN itu, yang memperoleh 3,195 undi, sementara PH, 489 undi.

Sementara itu, keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menyaksikan BN menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim.

Setakat jam 7.50 malam tadi, kiraan kertas undi bagi semua saluran di DUN Rim sudah selesai dengan calon BN, Datuk Khaidhirah Abu Zahar mendahului dengan 4,037 undi.

Keputusan tidak rasmi itu menyaksikan anak bekas Ketua Menteri Melaka itu menang dengan majoriti 1,327 undi, iaitu lebih besar berbanding yang diperoleh BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Calon Perikatan Nasional (PN), Azalina Abdul Rahman hanya memperoleh 2,710 undi, manakala calon Pakatan Harapan (PH), B Prasanth Kumar pula memperoleh 2,163 undi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 November 2021 @ 7:59 PM