GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Ahmad Suhael Adnan


Melaka: Keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menyaksikan Barisan Nasional (BN) jauh mendahului di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan setakat jam 7.04 malam tadi.

Calon BN, Fairul Nizam Roslan mendahului dengan 1,537 undi, diikuti calon Pakatan Harapan (PH) yang juga bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron yang memperoleh 687 undi.

Calon Perikatan Nasional (PN), B Dhanesh mengekori rapat dengan 352 undi, manakala dua calon Bebas iaitu Mohd Akhir Ayob dan Mohd Noor Salleh masing-masing memperoleh 38 dan 11 undi.

Untuk maklumat dan perkembangan terkini PRN Melaka, sila layari https://www.myundi.com.my/

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 November 2021 @ 7:35 PM