Syaherah Mustafa


Jeli: PAS memenangi keseluruhan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Parlimen Jeli membabitkan Bukit Bunga, Ayer Lanas dan Kuala Balah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), hari ini.

Keputusan diumumkan di Pusat Penjumlahan Undi Parlimen Jeli di Dewan Utama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli, di sini.

Calon Dun Bukit Bunga, Mohd Almidi Jaafar memenangi kerusi itu selepas memperoleh majoriti 4,152 undi, berbanding calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohd Adhan Kechik (4,388 undi).

Datuk Kamarudin Md Nor pula memenangi kerusi Dun Ayer Lanas apabila meraih 9,535 undi, meninggalkan calon BN, Nasrul Hadi Kamaruzaman yang memperoleh 4,526 undi.

Dun Kuala Balah pula menyaksikan Datuk Abdul Hadi Awang Kechil menang dengan 6,186 undi, menewaskan calon BN, Muhammad Yamin Anuar Mat Zin (3,585 undi).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Ogos 2023 @ 9:57 PM