SUASANA di bilik gerakan utama BN di Dewan Seri Chendana yang memaparkan perkembangan jumlah kiraan undi semasa PRN Melaka mengikut DUN. FOTO Asyraf Hamzah
SUASANA di bilik gerakan utama BN di Dewan Seri Chendana yang memaparkan perkembangan jumlah kiraan undi semasa PRN Melaka mengikut DUN. FOTO Asyraf Hamzah
Mohd Nasaruddin Parzi


Melaka: Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi selepas calonnya, Rosli Abdullah menang mengatasi tiga lagi pencabar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Rosli memperoleh 3,554 undi mengatasi calon Pakatan Harapan, Julasapiyah Kassim, yang memperoleh 1,718 undi, diikuti calon Bebas, Kamisan Palil memperoleh 51 undi dan calon Perikatan Nasional (PN), Aziah Mohd Sa'ad yang memperoleh 1,645 undi.

Pada Pilihan Raya Umum 2018, calon BN, Datuk Ismail Othman menang dengan majoriti 1,372 undi.

DUN itu merekodkan 10,928 pengundi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 20 November 2021 @ 8:10 PM