Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Malaysia mencatatkan 11,889 kes baharu Covid -19 hari ini berbanding 12,735 yang direkodkan semalam.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes dilaporkan di negara ini berjumlah 2,257,584 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak mencatatkan kes tertinggi dengan 2,413 kes diikuti Selangor (1,568 kes), Johor (1,217 kes), Perak (959 kes) dan Sabah sebanyak 872 kes.

"Kelantan mencatatkan 858 kes, Pahang (831 kes), Pulau Pinang (779 kes), Kedah (710 kes) dan Terengganu sebanyak 669 kes," katanya menerusi Twitter.

Beliau berkata, Melaka merekodkan 378 kes, Kuala Lumpur (289 kes), Negeri Sembilan (197 kes), Perlis (81 kes), Putrajaya (36 kes) dan Labuan mencatatkan dua kes.

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Oktober 2021 @ 4:21 PM