Redzuan Muharam


Kuala Lumpur: Jumlah kes baharu Covid-19 terus mencatatkan penurunan dengan 19,057 kes hari ini, berbanding 19,378 semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan positif kepada 1,824,439 kes.

Dr Noor Hisham berkata, Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu 3,775 kes, diikuti Sarawak (2,723 kes), Sabah (2,279 kes), Johor (2,077 kes), Pulau Pinang (1,558 kes), Perak (1,450 kes), Kelantan (1,434 kes), Kedah (1,329 kes) dan Kuala Lumpur (711 kes).

Terengganu mencatatkan 605 kes, Pahang (410 kes), Melaka (338 kes), Negeri Sembilan (242 kes), Perlis (99 kes), Putrajaya (18 kes) dan sembilan kes di Labuan.

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 September 2021 @ 4:15 PM