Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kuala Lumpur: Kes baharu Covid-19 terus menurun hari ini dengan 15,669 kes berbanding 16,073 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan kes kumulatif keseluruhan 2,011,440 kes.

Menurutnya, Selangor kembali merekodkan kes harian tertinggi dengan 2,632 kes manakala Sarawak 1,983 kes diikuti Johor dengan 1,974 kes.

Beliau berkata, Sabah merekodkan 1,651 kes, Pulau Pinang (1,651 kes), Kelantan (1,406 kes), Kedah (1,207 kes) dan Perak (856 kes).

"Pahang merekodkan 763 kes, Terengganu (483 kes), Kuala Lumpur (411 kes), Melaka (329 kes), Negeri Sembilan (143 kes).

"Perlis pula merekodkan 30 kes, Putrajaya (14 kes) dan Labuan (tiga kes)," katanya dalam hantaran di Twitter, hari ini.

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 September 2021 @ 3:39 PM