Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Kes positif Covid-19 merekodkan peningkatan hari ini dengan 19,991 kes baharu berbanding 17,236 kes semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan keseluruhan kes meningkat kepada 1,299,767.

Beliau berkata, Selangor terus merekodkan kes tertinggi dengan 7,338 kes diikuti Kuala Lumpur sebanyak 2,374 kes.

Katanya, Kedah merekodkan 1,830 kes, Sabah (1,383 kes), dan Johor (1,344 kes) dan Kelantan sebanyak 1,030 kes.

"Selain itu Perak mencatatkan 953 kes, Sarawak (836 kes), Pulau Pinang (743 kes), Melaka (578 kes), Negeri Sembilan (564 kes), Pahang (539 kes), Terengganu (378 kes), Putrajaya (76 kes), Perlis (24 kes) dan Labuan hanya satu kes," katanya dalam kenyataan hari ini.

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Ogos 2021 @ 4:02 PM