Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Jumlah kes harian Covid-19 kembali meningkat dengan 17,105 kes dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 1,163,291.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor mencatatkan jumlah tertinggi dengan 5,836 kes.

Katanya, ia diikuti Kuala Lumpur yang mencatatkan 2,309 kes, Johor (1,275 kes), Kedah (1,036 kes) dan Sabah (1,010 kes).

"Perak mencatatkan 967 kes, Kelantan (915 kes), Negeri Sembilan (816 kes), Pulau Pinang (798 kes), Pahang (628 kes), Sarawak (494 kes), Terengganu (429 kes), Putrajaya (72 kes), Labuan (lima kes) dan Perlis mencatatkan tujuh kes," katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Ogos 2021 @ 2:57 PM