DUA wanita yang dijatuhi hukuman sebat atas kesalahan melakukan hubungan sejenis hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu menjalani hukuman hari ini. FOTO Ghazali Kori
DUA wanita yang dijatuhi hukuman sebat atas kesalahan melakukan hubungan sejenis hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu menjalani hukuman hari ini. FOTO Ghazali Kori
HM Digital

DUA wanita menjalani hukuman enam kali sebatan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu setelah didapati bersalah melakukan hubungan sejenis dalam kereta pada April lalu.

Terdahulu tertuduh berusia 22 dan 32 tahun, yang didakwa mengikut Seksyen 30 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 yang dibaca bersama Seksyen 59 (1) enakmen yang sama kerana musahaqah, mengaku salah di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa cuba melakukan perhubungan seks di dalam kereta di Dataran Arena Square, Dungun, 1.50 tengah hari, pada 8 April lalu.

Berita lanjut menyusul

Berita berkaitan:

Lesbian kena denda, sebat

Hukuman sebatan pasangan lesbian ditangguh

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 September 2018 @ 10:42 AM