TUN Dr. Mahathir hadir pada mesyuarat tertutup di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya. -Foto AIZUDDIN SAAD
TUN Dr. Mahathir hadir pada mesyuarat tertutup di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya. -Foto AIZUDDIN SAAD
Wartawan NSTP


PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempengerusikan mesyuarat pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) pagi ini untuk menentukan senarai menteri Kabinet.

Mesyuarat yang bermula pada jam 10 pagi tadi bertempat di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Petaling Jaya.

Parti komponen PH, PPBM, PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah) masing-masing akan mengetengahkan senarai calon untuk mengisi jawatan dalam Kabinet.

Semalam, Dr Mahathir mendedahkan 10 kementerian awal yang akan berfungsi menggerakkan operasi Kerajaan bermula Isnin ini.

Menurut sumber, istiadat angkat sumpah Kabinet baharu akan dimuktamadkan hari ini atau seawal-seawalnya pada Isnin ini.

10 kementerian yang diumumkan semalam adalah;

1. Kewangan

2. Dalam Negeri

3. Pertahanan

4. Pendidikan

5. Pembangunan Luar Bandar

6. Ekonomi

7. Kerja Raya

8. Pengangkutan

9. Multimedia, Sains dan Teknologi

10. Luar Negara

Perdana Menteri juga dijangka akan memegang dua portfolio penting seperti kewangan dan unit perancang ekonomi yang mana akan diputuskan hari ini.

Sidang media pula dijangka pada jam 1 tengah hari nanti.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Mei 2018 @ 11:19 AM