PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sidang media di Yayasan Al-Bukhary,  turut bersama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. FOTO Syarafiq Abd Samad
PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sidang media di Yayasan Al-Bukhary, turut bersama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. FOTO Syarafiq Abd Samad
Rohaniza IdrisManirajan RamsamyRizanizam Abd HamidNur Lela Zulkipli dan Farhana Syed Nokman dan Tasnim Lokman


PERDANA Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan memberikan pengampunan penuh kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.

Menurut Dr Mahathir dalam sidang media di Kuala Lumpur, pihaknya dimaklumkan melalui pertemuan dengan Baginda semalam bahawa pengampunan segera akan diberikan kepada Anwar.

“Kita ada berjanji dalam manifesto yang kita akan laksanakan 10 janji utama dalam masa 100 hari. Antaranya adalah memansuhkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

“Namun, sebelum itu, ketika perjumpaan bersama Agong semalam, Baginda bersetuju mengurniakan keampunan segera kepada Anwar,” katanya di Yayasan Al-Bukhary, di sini, hari ini.

Turut hadir, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Menurut Dr Mahathir lagi, pihaknya akan bersama melalui proses pengampunan bersama Anwar yang mana dia akan diberi pengampunan dan akan dibebaskan segera serta boleh bergiat semula dalam politik.

“Bagaimanapun, proses Anwar untuk menyertai Kabinet mungkin ambil masa yang panjang.

“Kita akan putuskan sama ada Anwar sertai Kabinet atau sebaliknya selepas ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 Mei 2018 @ 1:16 PM