COLLAGE yang dipetik daripada rakaman video DATUK Mahadzir Lokman.
COLLAGE yang dipetik daripada rakaman video DATUK Mahadzir Lokman.
Norhayati Nordin


DATUK Mahadzir Lokman mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang begitu prihatin dan mengambil berat keadaan kesihatannya.

Menerusi satu rakaman video ringkas, beliau berkata, ucapan semangat diberi seperti tahniah, selamat maju jaya dan kasih sayang sangat bermakna buatnya.

"Hanya Allah SWT saja yang tahu apa yang saya lalui sepanjang mengalami ujian kesakitan ini.

"Apapun, saya sendiri tidak sangka akan diberi rasa sakit sebegini. Kini, baru saya tahu bagaimana rasanya bila terbabit dengan kesakitan.

"Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan pada anda semua yang mengirim doa tidak putus-putus untuk saya sihat semula.

“Termasuk, mereka yang bersama-sama habiskan masa berdoa untuk saya kembali sihat," katanya.

Mahadzir dilaporkan sudah dipindahkan ke wad biasa sejak semalam selepas doktor mengesahkan tahap kesihatannya bertambah baik dan stabil.

Ahad lalu, Mahadzir dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) selepas didapati tidak sedar diri di kediamannya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 September 2017 @ 2:26 PM