Murid, Mohamad Najmee Rosidi, 12, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sarang Tiong, Rompin Pahang yang mengidap sakit kanser otot tahap tiga menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Wad Peperiksaan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian. FOTO Nik Abdullah Nik Omar

Hazira Ahmad Zaidi

BADAN lemah selepas tiga hari menjalani rawatan kimoterapi tidak melunturkan semangat Mohamad Najmee Rosidi, 12, untuk menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), hari ini.

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Sarang Tiong, Rompin Pahang itu menghidap kanser otot tahap tiga.

Dia dimasukkan ke HUSM di hKubang Kerian sejak 17 Ogos lalu untuk rawatan dan selesai menjalani kimoterapi, tiga hari lalu.

Sejak itu, ayah dan ibunya, Rosidi Saad, 44, dan Fazilawati Md Isa, 35, serta adik bongsu terpaksa berkampung di hospital itu lebih sebulan.

Mohamad Najmee berkata, dia sukar ke sekolah sejak Februari sebaik disahkan menghidap kanser dan terpaksa berulang alik ke HUSM untuk rawatan pada setiap tiga minggu.

"Walaupun perlu mengulang kaji pada saat akhir, namun saya nekad menduduki peperiksaan ini dan tidak mahu memikirkan sangat penyakit ini.

"Saya mahu berjaya seperti orang lain walaupun tidak sempat menduduki peperiksaan percubaan," katanya ditemui di HUSM, hari ini.

Kertas Bahasa Malaysia hari ini diduduki 29,397 calon di Kelantan dengan 10 orang daripadanya menduduki peperiksaan di hospital di negeri ini kerana patah kaki, jangkitan kuman, demam dan kanser.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 11 September 2017 @ 3:48 PM