HAFIZUDDIN (kanan) melompat meraikan kejayaan mendapat emas dan menumpaskan Thailand. -Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM
HAFIZUDDIN (kanan) melompat meraikan kejayaan mendapat emas dan menumpaskan Thailand. -Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM
Farah Azharie


PEMAIN negara Muhamad Hafizuddin Mat Daud meraih pingat emas acara petanque perseorangan lelaki Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 selepas menewaskan Kiatkong Tanong dari Thailand 13-7 pada final di Arena Petanque, Kuala Lumpur, hari ini.

Hafizuddin bermula cemerlang apabila mendahului 10-0 sebelum Kiatkong merapatkan kedudukan kepada 10-4.

Bagaimanapun kecemerlangan permainan Hafizuddin sukar dibendung manakala Kiatkong melakukan beberapa kesilapan yang menyebabkan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia itu mencatatkan kemenangan.

Dalam acara perseorangan wanita, pemain negara Suhartisera Zamri berkongsi gangsa bersama atlit Kemboja Un Sreya selepas kedua-duanya tewas pada separuh akhir.

Pemain Vietnam Nguyen Thi Thi memenangi emas selepas menewaskan pemain pilihan dari Thailand, Uraiwan Hiranwong 13-12.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 Ogos 2017 @ 5:07 PM