THANABALAN Nadarajah (kanan) ketika saingan Kumpulan H menentang Mongolia di Stadium Nasional Supachalasai di Bangkok. FOTO www.asiana.my
THANABALAN Nadarajah (kanan) ketika saingan Kumpulan H menentang Mongolia di Stadium Nasional Supachalasai di Bangkok. FOTO www.asiana.my
Aziman Rosdi di Bangkok


SKUAD bawah 22 tahun negara (B-22) kendalian Datuk Ong Kim Swee mencipta sejarah layak ke pusingan akhir Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) B-23 buat kali pertama di China tahun depan selepas muncul juara Kumpulan H dalam kempen kelayakan di Bangkok.

Malaysia yang menewaskan Mongolia 2-0 dalam aksi terakhir kumpulan di Stadium Nasional Supachalasai memungut enam mata manakala Thailand di tempat kedua dengan lima mata selepas hanya seri 0-0 menentang Indonesia, hari ini.

Skuad muda negara berjaya menewaskan Indonesia 3-0 pada perlawanan pertama namun tewas 0-3 pada aksi kedua menentang pasukan tuan rumah.

Ini kali pertama Malaysia mara ke pentas akhir Kejohanan AFC B-23 selepas gagal pada kelayakan 2013 dan 2015.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Julai 2017 @ 10:13 PM